Wednesday, April 14, 2010

kagum dengan mereka...

Satu sikap yang buat aku kagum tentang guru-guru lama dan berpengalaman ni ialah apabila mereka dah start mengajar dalam sesebuah kelas, diorang boleh jadi sangat khusyuk dalam kelas tersebut dan terlupa tentang masa mengajar diorang. Perkara ni dah diobserved bukan saja semasa aku start mengajar di SK Kg. Kenang tapi dah pun aku sedar sejak aku berpraktikum dan SBE semasa di maktab dulu lagi. Malah aku yakin mana-mana tempat pun berlaku perkara yang sama. Memang aku sangat kagum dengan mereka kerana apabila dah mulakan pengajaran, seolah-olah tiada titik noktah dan nak dicurahkan segala ilmu didada....memang sesuatu yang perlu dikagumi!

Secara jujurnya, aku sebagai guru baru yang masih setahun jagung ni kadang-kadang merasakan masa terlalu panjang dan aku buntu untuk terus berada dalam kelas...bukan tak suka dengan kelas tersebut tetapi mungkin masih tersekat dengan learning objective yang ditulis dalam lesson plan. Apa yang aku dapati tentang guru berpengalaman ni, masa digunakan sepenuhnya bukan saja untuk learning objective yang ditulis tapi turut ditambah dengan apa-apa ilmu yang dirasakan perlu pada masa itu. sesuatu yang aku perlu ambil tahu dan jadikan sebahagian dalam diri. InsyaAllah.... we need to learn good things from the observations... ;)

Apa yang pasti, kita perlu yakin dengan apa yang kita buat kerana bila kita yakin pastinya persekitaran kita juga akan merasakan keyakinan tersebut yang pastinya turt membuat mereka yakin dengan kita!
p/s: focus to the positive things and ignore negative ;) move forward!

1 comment:

  1. cikgu2 lama ada aura yg blom kta ada...dan aura tu bukan sng tuk kta dpt..

    ReplyDelete

Superb! ;)