Wednesday, April 28, 2010

Persaingan: Wajar diresahkan?


Satu kegusaran yang di alami selepas beberapa bulan berada di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang ini ialah tentang persaingan antara pelajar sekolah arus perdana dan sekolah asli ini. Bukan berniat untuk menidakkan kelebihan persaingan tapi sekadar meluahkan beberapa pendapat yang dirasakan relevan untuk dilontarkan.

Suasana dalam kelas di sini berbeza secara total dengan sekolah di luar sama ada dari segi sikap pelajar, respons pelajar kepada guru malah dari segi kemampuan belajar mereka. Boleh dikatakan kurang daripada 20% pelajar dalam sesebuah kelas di sini mampu untuk mengikut pembelajaran arus perdana. Selebihnya masih bergelut dengan masalah membaca, menulis dan mengira (tak mengira darjah). Lebih menambah buruk lagi apabila pelajar yang menghadapi masalah ini turut berhadapan dengan kurangnya pemahaman bahasa melayu memandangkan bahasa Melayu ialah bahasa kedua mereka (terutama pelajar tahap 1). Masalah timbul apabila semua pelajar ini ditempatkan dalam satu kelas yang sama walaupun jurang kemampuan mereka terlalu ketara. Contohnya dalam kelas matematik tahun 5 yang aku ajar, hanya lebih kurang 10 orang daripada 36 orang yang mampu memahami pembahagian antara 5 digit nombor dan 1 digit nombor. Yang lain masih bergelut dengan masalah nilai tempat, masalah darab dan jugak pemahaman tentang sifir.

Pada aku, satu masalah yang timbul apabila pelajar yang terlalu jauh jurang ini di satukan ialah guru tidak mampu untuk meneruskan silibus sama seperti yang dirancang tetapi perlu memperlahankan pengajaran mereka. Ini bukan satu masalah bagi guru dalam mengajar tapi masalah timbul apabila pelajar perlu berhadapan dengan ujian selaras di mana soalannya jauh ke depan dari apa yang dipelajari. Tiada gunanya guru mempercepatkan pengajaran semata-mata mahu mengejar kehendak ujian tetapi pelajar tidak mampu menguasai apa yang mereka pelajari. keputusannya akan tetap sama iaitu pelajar akan gagal menjawab soalan-soalan tersebut.

Rasanya kita perlu memandang serius masalah ini kalau kita mahu sistem pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-murid asli. Satu cara terbaik yang dapat aku berikan ialah dengan membuat saringan kepada pelajar bermula dari tahap 1 lagi. Sarinagn ini akan membahagikan pelajar kepada dua iaitu kelas arus perdana (kuantiti pelajar yang sedikit) dan kelas bimbingan penuh (majoriti). Ini bermaksud, mereka ditempatkan dalam kelas yang berbeza mengikut keupayaan pembelajaran. Di sini, bukan kita menidakkan hak sama rata dalam belajar tapi kita sebenarnya memandang apa yang sewajarnya di lakukan pada mereka. Bukan semestinya pelajar dalam kelas bimbingan penuh kekal di situ tetapi apabila mereka mula menunjukkan peningkatan yang berpanjangan mereka juga mampu untuk sama-sama belajar dalam kelas arus perdana.

Dengan cara ini, sekurang-kurangnya pelajar yang berkemampuan mampu mengikut sukatan yang diperlukan untuk mereka sewajarnya manakala pelajar yang lemah akan diberikan pendedahan yang lebih berfokus kepada mereka. Namun satu masalah yang akan timbul ialah kekurangan guru di sekolah yang pastinya akan terjadi akibat daripada pembahagian kelas tersebut. Namun kalaulah ini mampu mangubah kemampuan pelajar, apa salahnya dicuba kan?

walaubagaimanapun, kenyataan adalah kenyataan. aku tetap perlu menghadapi apa yang ada sekarang dan memberikan sehabis baik kepada pelajar dengan cara yang berkesan. Cuba sedaya upaya mengimbangi apa yang perlu dilakukan kepada kelas yang bercampur ini. Bak kata Andrew matthew Dalam bukunya "Being Happy", "Living in the now is about taking action without fear of the consequences. It is about putting in the effort for the sake of the involvement, without worry as to wheather we will get our rewards" (41)

p/s: every cloud has a silver lining

2 comments:

  1. actually.. dlam arus perdana sendiri berlaku maslah cmni...apatah lagi bg skolah org asli kan..hu3...keep it up pis...

    ReplyDelete
  2. em...tu la mslhnya. mungkin persoalan y perlu timbul ialah: adakah pengukuran pelajar yang cemerlang dan bijak adalah hny apabila mereka boley menjwp soalan peperiksaan?

    ReplyDelete