Sunday, January 10, 2010

SK Kampung Kenang - Permulaan sebuah perjalanan :)


Wah...dah seminggu di tempat baru...Alhamdulillah setakat ni takde sebarang masalah lagi...semuanya berjalan lancar...harapnya berkekalan lah... Oh...SK Kampung Kenang ialah salah sebuah sekolah orang asli dari 8 buah sekolah orang asli di daerah Kuala Kangsar. Majoriti masyarakat asli di sini ialah dari puak Temiar. Sekolah yang aku dapat ni tak termasuk dalam pedalaman dan takde sebarang elaun pedalaman sebab dekat sangat dengan pekan Sungai Siput...huhu... Jalan masuk pun mudah sebab jalan tar dan ada bas masuk ke dalam ni...sedikit masalah ialah sesetengah tempat dalam kawasan sekolah ni takde line telefon...so, kena mencari port2 la kalau nak guna telefon..hehe

Satu perkara yang best dekat sini ialah dikelilingi bukit bukau...kalau pagi2 akan nampak kabus ibarat macam duk kat cameron Highland la...hahaha...agak nyaman bila pagi2.... (mungkin sebab masih awal, so teruja la...lepas2 ni tak tau la). pastu yang best lagi ialah penginapan diberikan percuma begitu jugak dengan makan :) sangat sesuai untuk aku yang masih tak bergai ni...hehehe...dapat menjimatkan duit...hehehe

Mulai esok akan mula masuk kelas dan mengajar...semoga semuanya berjalan lancar... amin (berdebar2)

p/s: menunggu masa untuk dapatkan kenderaan - lebih senang nak balik umah :)

1 comment:

  1. Salam bro....ada cara nak contact SK Pos Kenang tak? Esok dan lusa kami ada program di Kampung Landap...ada nak bagi buku kpd SK Kampung Kenang...tapi tak tau nak hubungi sape.....

    Harap bro boleh hubungi saya secepat mungkin.....011 1285 9220 Dr Ahmad.

    ReplyDelete

Superb! ;)