Friday, August 14, 2009

sekadar berkongsi: ulasan lagi


Terpaut pada satu ayat dalam khutbah Jumaat tadi, jadi terasa nak letak kat sini. Sekadar satu perkongsian dari apa yang aku dengar:


"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat pada orang lain"


Dah sampai ke semester akhir ni, tak perlu rasa sangsi lagi dengan profesion keguruan yang telah kita masuk, atau termasuk atau terpaksa masuk. Rasanya kerja sebagai guru memang sangat menepati apa yang dikatakan kat atas tu. Sekadar meluahkan rasa bersyukur atas apa yang diberikan...walaupun satu masa dulu, bukan pilihan hati jugak :)


Memberi manfaat bukan sekadar memberi manfaat dari segi keluarkan tenaga tapi termasuk juga memberi idea, mencurah ilmu dan berkongsi pengalaman kepada orang lain untuk dijadikan panduan...yeah.... Jadi, kena kurangkan rasa berkira dalam diri kita...huahuahua...(macam best je aku ni)


Agaknya kat manalah nilai diri ini??? Ya Allah, semoga aku tergolong dalam manusia yang memberi manfaat kepada orang lain juga :( Kadang-kadang terasa diri ni juga terlalu lemah dan kurang cakna :( Tuhan...ampunkan aku (aku manusia jahat)kerdilnya diri ni


p/s: menulis dalam keadaan pegun ni

6 comments:

  1. tq apiz...even benda nie tak barkait sgt..tp hg telah mengingatkan aku ttg report BIG yg blom aku wat bila tgk pic tu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat pada orang lain"...urm, xtau dimanakah aku? adakah cukup memnfaatkan org len? hanya tuhan yang tahu...kalau menyusahkan orang lain, mohon maaf ats perbuatan yang menyusahkan...xbermaksud nak menyusahkan pun...

    ReplyDelete
  3. damn miss one of the men in that pic...hurrmmm

    ReplyDelete
  4. to lie-same la kita..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. geng2 gagah bed maths...huhu...apis pakai baju wane ape ek?

    ReplyDelete
  6. adakah aku sudah cukup memberi manfaat kepada orang ramai @ aku yg sentiasa bergantung kepada manfaat org lain..ermmmm....

    ReplyDelete

Superb! ;)