Friday, July 03, 2009

Menziarahi rakan sejawat [plus] santai di spa ikan

Rancangan kami (pasukan praktikum SK Mulong 2) untuk pergi melawat mentor berjalan seperti yang dirancang. Walaupun matahari terik dan cuaca sangat panas, kami tetap meneruskan perempitan ke Mulong. Mentor kami yang dah selamat melahirkan baby, mesti tetap dilawati! hehe....lagipun rindu gak nak jumpa dan tanya khabar berita...



1. Wah...comelnya anak pumpuan dia (walaupun aku kurang menunjukkan keterujaan kat umah mentor tadi). Nama dia Najihah(kalau tak salah ada satu nama lagi kat depan, x ingat). Dia asyik sengih je... Alhamdulillah bila nampak Kak Ija sihat walafiat walaupun terdapat sikit masalah semasa melahirkan baby dia (masalah uri kot). Pape pun tahniah sebab dah dapat sorang lagi baby comel (da 4 anak da).
Sebenarnya selain dari umah mentor, kami p jugak umah PK 1 dan PK Ko... Kak Som dan Kak Yah... Rumah Kak Som tu tujuan utamanya nak hantar pisang salai yang dia pesan kat Ain... Dia pun sihat jugak. Kalau teringat kat sekolah dulu, Kak Som ni sangat supportive sebab dia la yang uruskan jadual masa praktikum, so segalanya di adjustkan dengan dia...hehe...sangat baik la sebab boleh consider kami a.k.a budak baru belajar.
Rumah kak Yah yang terakhir kami singgah. Kak Yah ni pulak memang terkenal bab makanan. Dia ni paling suka jamu orang makan. Bayangkan baru telefon cakap nak datang rumah dia pagi tu, dia boleh sediakan banyak jenis makanan...isy3... ada pulut, pengat pisang, kek coklat, makaroni bakar, pisang dan air oren...siap tapau lagi dan jemput kami datang lagi minggu depan (dia sungguh2 nak kami datang tu...huhu...jauh la Kak Yah)
Diorang ni banyak sangat support termasuklah semasa diorang tahu kitorang ni ada trip to UH. Thanks a lot!

baby comel kak ija, terus menangis bila dikerumuni oleh 3 makhluk yang dia tak kenal..haha

..................................macam raya pulak rasa.................................

2. Yang ni acara yang aku tunggu-tunggu. Sebab dah lama benar nak rasa kaki dimakan ikan...hehe...akhirnya kumpulan praktikum SK Mulong 2 setuju untuk singgah ke Tesco dan memberi ikan makan secara percuma (ikan tu makan kaki kami tapi kami yang kena bayar...isy3). Ya Allah...gelinya...geli sangat...aku memang tak tahan dengan benda-benda yang menggelikan tubuh badan aku ni...(beberapa kali terjerit dengan kuat...haha). Akhirnya aku buat keputusan untuk masukkan kaki kat dalam dan biar tapak cecah lantai kolam tu supaya ikan x leh makan kat kawasan tapak kaki tu. Masih geli jugak tapi boleh tahan sikit (terpaksa relakan kaki tu sebab dah bayar RM12). Tapi best jugak la (yakin ke aku ni)....sebenarnya sampai sekarang pun kaki masih terasa macam digigit2 oleh ikan tu...urghhh...gelinya kakiku. Rasanya nak pergi lagi walaupun geli...haha

kaki yang jadi makanan ikan...tak tahu la sama ada betul2 berkhasiat spa ni

...................ikan yang buas menelan kakiku dengan rakusnya......................

p/s: jadi diri sendiri, at least kena cuba

1 comment:

  1. ey...sory eh.. najihah tak ngs ble nmpak aku eh...senyum lagi ada la..hahahhaha

    ReplyDelete