huhu...nampaknya itu saja aktiviti aku untuk beberapa hari ni. Selepas tamat trip ni, baru aku dapatkan rehat untuk diri. Kalau sebelum ni kena fikir banyak-banyak, sekarang ni dapat la rehatkan kepala otak ni sekejap...Alhamdulillah. mak pun terkejut tengok aku asyik tidur jek...hahaha...anak mak ni memang kuat tidur...huhu
Fuh....tak tahu ;agi dah nak mengucapkan kesyukuran macam mana. Tapi memang sentiasa bersyukur pada tuhan sebab merealisasikan impian. Paling penting aku dapat belajar mengenal kemampuan diri. work over the limit. Sesuatu yang aku tak kan tahu dan tak pernah tahu kalau aku tak sertai trip ni. Memang sesuatu yang di luar jangkauan dimana aku dapat melawan beberapa kelemahan diri. thank you very much for the opportunity.
Selain dari ilmu tentang pendidikan yang aku belajar dari Trip ni, aku jugak belajar sesuatu yang lebih penting dari tu-mengenal keupayaan diri. Ilmu yang bukan senang nak diperolehi dan bukan mudah untuk diterokai. Kadangkala kita perlu lawan keupayaan kita untuk maju ke hadapan Pastu, belajar ilmu persahabatan-ilmu yang mengajar erti setiakawan, kejujuran serta kesabaran. dan paling penting jugak ilmu komunikasi...wah...yang ni memang banyak peluang yang aku capai: dapat masuk meeting bersama Lecturer UH, buat ucapan, jumpa Vice Chanselor dan banyak lagi.
Sesungguhnya, Educational Trip to UH memang berbaloi...
P/S: Terima kasih kawan-kawan trip yang tahan dengan kegarangan dan kejahatan aku ni...huhu...minta maaf banyak-bnayak ye kalau ada terasa atau terkasar bahasa sepanjang kita bekerja. Tanpa anda semua, kita tak mungkin berjaya menjejakkan kai ke bumi UH tu. Thank you very much!
No comments:
Post a Comment