Saturday, April 10, 2010

Ulasan: ikut Kata hati dan Gembira Ketika Susah

Sekadar berkongsi bahan bacaan yang bagus untuk motivasi diri... Kedua-dua buah buku ditulis oleh penulis yang sama iaitu Andrew Matthews. Buku yang sangat mudah difahami dan ilustrasi menarik yang diterjemahkan oleh penulis ni...

Sangat sesuai dibaca oleh semua orang yang rasa perlukan motivasi sama ada dalam kerjaya, perhubungan atau sekadar mencari ketenangan...bukan bermakna takde cara lain tetapi buku ini mungkin dapat buat kita berfikir dengan lebih logik dan lebih matang dalam kehidupan. banyak quotation yang menarik yang semestinya dapat buat kita rasa lebih selesa dengan kehidupan yang kita lalui.

Sekadar cadangan, kalau berminat better dapatkan Follow Your Heart dahulu....pastu kalau perlu baru baca happiness in Hard Times sebab kedua-dua buku ini ada kesinambungan isi. Antara yang menarik adalah cerita-cerita benar yang dikongsi oleh pembaca setia buku ini denagn penulis...amat positif.

Apa yang penting dalam kehidupan sebenarnya adalah penerimaan kita dengan kehidupan kita sendiri. Kita selalu terlupa untuk menerima diri kita dahulu seadanya sebelum menerima segala yang terjadi dalam kehidupan kita. Reflect kelemahan dan kekuatan diri serta yakin bahawa setiap sesuatu yang terjadi pasti ada yang positif. usah hantui hidup dengan perkara yang negatif dan tak seronok je... Kita yang jadikan sesuatu itu gembira atau sedih sebab otak kita yang berfikir tentang perkara itu... Bersama-sama menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelumnya...amin :)

p/s: merencana masa depan dengan teliti... "di mana ada kemahuan"

4 comments:

  1. hg beli mana?

    rasa mcm nak baca gak

    a bit pressure la apis

    ReplyDelete
  2. rasanya buku ni cari kat kedai2 buku yang besar...macam MPH atau Popular...kalau hang tanya kat kedai tu, rasanya dia akan tahu....huhu...tapi buku ni susah gak nak dapat sebab laris...

    ReplyDelete
  3. aku ade baca Follow your Heart versi melayu.. mmg best! Apis,aku minta link ke blog aku eh..TQ

    ReplyDelete

Superb! ;)