Followers

Friday, April 23, 2010

Menarik Minat ke Sekolah.. Good Effort! ;)

Sebagai satu jalan untuk menarik budak-budak Temiar ini ke sekolah pada hari Sabtu (ganti sekolah), beberapa aktiviti yang dapat menarik minat budak-budak untuk tidak pulang ke rumah (fokus kepada yang duduk asrama) bagi menghadirkan kelas esoknya. So, pada sebelah petang diadakan pertamdingan sukaneka. Antaranya tiup gula-gula dalam tepung, isi air dalam baldi dan lari ikat kaki. Memang budak-budak ni seronok bermain di padang.
Pada waktu malam pulak, diadakan pertandingan karaoke. wah...bukan main lagi budak-budak ni menyanyi. Memang berminat sangat la...hahaha...agak lucu. Apa yang pasti malam karaoke ni memang sangat disukai oleh budak-budak ni. Satu yang menarik perhatian aku ialah bila dapat tengok seorang budak tahun 1 yang amat pasif di dalam kelas (Romzi nama dia) tiba-tiba dengan lincahnya melompat-lompat kegirangan sambil menari-nari. Satu yang agak membuat aku terkejut. Nampak sangatlah dia suka kepada lagu dan muzik. Mungkin bila dalam kelas nanti aku kena selalu selitkan lagu dalam pengajaran. Need to think how to do this. tapi yang pasti nampak dia sangat enjoy dan hilang rasa malunya untuk seketika. (aku gelak tak henti-henti dari jauh bila tengok dia ni)
Kredit patut diberikan kepada semua PPM dan kerani sekolah yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Oh...sebelum malam tersebut berakhir, turut diadakan majlis hari lahir buat murid-murid yang lahir dari bulan Januari sampai April. Yang pastinya majlis tersebut sedikit sebanyak telah menyumbang kepada angka kehadiran pelajar pada hari ini. tapi secara hakikatnya boleh dikatakan setiap kelas hanya separyh murid je ada. So macam kelas tahun 1 yang ada 28 orang cumqa ada 12 orang je hari ini. At least these guys can learn something today ;)

p/s: ujian bulanan is coming soon ;)