Followers

Thursday, July 02, 2009

Ekkk...masih tak habis lagi rupanya

Oh...nampaknya keterujaan aku nak bercerita pasal trip to UH masih tak habis. Maaf la...terlalu over excited nampaknya aku (biasala perangai budak kampung ingusan keluar dari tempurung). Sebenarnya nak kongsi beberapa keajaiban yang telah berlaku. dan aku yakin ni semua kurniaan tuhan...terima kasih tuhan... macam tak percaya, jalan yang mulanya gelap dan tak nampak apa-apa, Allah buka sikit-sikit kat kami...so ini adalah antara yang aku list kan (kebarangkalian yang sangat mustahil bila difikirkan):

1. Masuknya elaun tunggakan yang tahun-tahun sebelum tu (2007 kalau tak salah) menyebabkan aku terus kuat untuk join the club.

2. Pertukaran pengarah (bukan bermaksud pengarah dulu tak bagus, cuma pengarah yang baru ni dari ahli math jugak...so, line lebih clear)

3. Air asia tiba-tiba buat perjalanan ke UK start Mac 2009

4. Kertas kerja diluluskan oleh BPG dalam masa yang singkat (thanks kepada ahli CCCU yang buat program yang sama.

5. Pihak universiti tiba-tiba buat pengumuman yang diorang akan support perbelanjaan di sana iaitu penginapan, makan dan pengangkutan di saat-saat akhir...wow!

Sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang tak terfikirkan dek otak aku ni akan berlaku, tapi aku rasa yang aku listkan ni adalah yang the most significant la... Apa yang pasti aku yakin semuanya pasti ada hikmah tersendiri...bila Allah kata 'ya', semua yang mustahil pun boleh jadi kenyataan...terima kasih tuhan... :)



p/s: Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan: hendak seribu daya, mahu seribu cara