Wednesday, March 31, 2010

sebiji kek dan terima kasih ;)

Baru-baru ini aku ada buat sedikit jamuan tengah hari untuk semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan kampung Kenang bagi berkongsi kesyukuran atas gaji pertama yang dapat, atas posting yang best, atas Ijazah yang telah dimiliki dan atas semua nikmat yang telah dikurniakan Allah...Alhamdulillah...tak terbatas kurniaanMu tuhan...terima kasih

Yang agak terharu tentang majlis tersebut ialah guru besar tiba-tiba telah bersepakat dengan cikgu yang lain untuk membeli sebiji kek untuk meraikan hari lahir aku...hahaha....agak malu sebenarnya...huhu...terutama bila disuruh bagi ucapan sebelum bacaan doa dan mula makan...pastu nyanyi lagu birthday ramai-rammai dan suruh potong kek...egh..aku cuma rancang untuk buat jamuan yang simple je...baca doa pastu makan...huhu

Walau apa pun terima kasihlah kepada semua guru dan staf sekolah ye... ;) I hope everything will always be fine here and we all have a lots of fun while we work together here ... sangat berterima kasih kepada semua...huhu...(dalam nada yang sanagt malu sebab teringat bagi ucapan..huhu...kerja baru 3 bulan) Just take it as a motivation for me :) Terima kasih warga Sekolah kebangsaan kampung Kenang...really appreciate it!

p/s: telah pun melihat upacara sewang di depan mata...no comment :0

Friday, March 26, 2010

Setelah 3 bulan di perkampungan Asli



Sedar tak sedar, sudah hampir 3 bulan berada di kampung kenang Primary School ni. suka atau pun tidak, aku perlu berpijak pada bumi yang nyata. kenyataan = aku mengajar di sekolah orang asli..so accept the fact! Aku sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mula memahami budaya sekolah dan budaya masyarakat sekitar. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan aku tak rasa tertekan atau nak quit dari sini. Semoga perasaan ini berkekalan..amin

mengenai pengajaran kanak-kanak dalam kelas, aku pasti penggunaan ARM sangat berguna untuk diaplikasikan...modelling to the children, reflect about what they know and active leaerning helps them a lot! Aku cuma perlu paksa diri untuk rajin dan berusaha untuk buat budak-budak ni rajin dan bersemangat untuk belajar jugak. tak dinafikan yang perasaan malas turut ada dalam diri untuk buat sesuatu! tapi itu bukan alasan untuk berjaya kan! So, kena ambil langkah drastik untuk elak diri dari malas ni.

Aku bersyukur sebab dalam ramai-ramai pelajar dalam sesebuah kelas yang aku ajar ni, ada sebilangan yang memang minat untuk belajar dan nampak kemahuan dalam diri terserlah semasa dalam kelas. I try to motivate them as much as I can because I believed that this pupils needs lots of motivation. They always believed that they cannot change their life and think that they will turn as same as their parents! That is so wrong!

Untuk minggu ni, aku harap aku dapat menyiapkan sikit-sikit ruangan matematik untuk tahun 1 aku. Harap itu akan dapat membantu mereka mengenali matematik dan tidak takut pada nombor. Perubahan positif bukanlah yang besar untuk diharapkan tapi kalau sebesar kuman sekalipun, itu tetap satu perubahan!



p/s: reading "Happiness in Hard Times" by Andrew matthews for motivation! Go Go Hafiz! wakaka

Tuesday, March 23, 2010

bukan penamat ;)

Alhamdulillah...konvo dah pun berakhir dengan jayanya..semua rasanya sangat gembira kerana susah payah selama 5 tahun setengah belajar dah pun terbayar dengan segulung ijazah..YAY! Gembiranya lihat wajah ceria kawan-kawan seperjuangan tak kira sama ada dari IPGMKKB atau dari IPG yang lain...seronoknya dapat bertemu selepas semua dah ditempatkan disekolah masing-masing.



yang penting tamat belajar ni bukan beerti tamat sebuah cerita tapi sebenarnya adalah permulaan kepada suatu cerita yang baru. kalau dalam filem, mungkin bila dah dapat ijazah ni maka tamatlah filem tu tapi dalam realiti bila tamat satu perjalanan maka bermulalah satu perjalanan baru dengan cerita yang baru tapi watak utama yang sama iaitu kita sendiri... Buat semua kawan-kawan, jom kita mulakan pengembaraan yang baru dalam kehidupan kita..semoga cerita baru kita ni akan penuh dengan warna-warni dan kegembiraan..amin... Semoga cerita yang best-best dan box office je k..hahaha...


p/s: terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mak... Kucupan sayang dan cinta dari anakmu... hehehe

Wednesday, March 03, 2010

Pelajaran Setiap hari ;)


Sedar atau pun tidak setiap hari yang kita lalui penuh dengan pelajaran baru. Mungkin selama ini kita hanya rasa kita belajar sesuatu apabila kita berada dalam kelas dan dihadapan kita ada seorang guru yang mengajar. Tapi kita terlupa pula bagaimana kita belajar untuk berjalan atau belajar menepuk tangan...adakah kita belajar semua tu berpandukan seorag guru di hadapan kelas juga?

Sedar atau tak, setiap hari yang aku lalui juga adalah pelajaran bagi diriku. Terutama bila di tempat baru dengan suasana yang baru (alam pekerjaan) tentulah lebih banyak yang aku belajar tanpa sedar. Kadang-kadang manusia lebih banyak mengeluh dari sedar dan bersyukur tentang apa yang dihadapi. kadang-kadang kita terlupa untuk menilai apa yang kita pelajari dari sesuatu situasi atau dari seseorang. Kita hanya lebih memandang kepada aspek negatif yang kita dapat dari perkara itu dari memandangnya sebagai suatu pelajaran baru buat kita.

sebenarnya apabila kita menerima sesuatu yang baru dalam hidup seperti tugasan di sekolah sebagai contoh, kita sebenarnya dapat pelajaran baru yang tidak dilabel sebagai subjek khas seperti matematik atau sains. Menangani masalah dengan individu lain juga adalah salah satu pelajaran baru dalam hidup kita. Contohnya, kalau kita berhadapan dengan orang yang panas baran dan kuat marah dan dia adalah ketua kita, kita akan cari jalan untuk memuaskan hatinya semasa berurusan dengan dia. dalam kita tak sedar, minda kita akan mula berfikir dan set kan satu sikap yang kita perlu buat bila berhadapan dengan orang yang seperti ini. Bukankah ini juga pelajaran baru? Jadi, lebih baik berhenti dari mengeluh dan hadapi pelajaran baru kita dengan sikap yang lebih terbuka...dan positif (walaupun susah tapi tetap kena buat) supaya jiwa kita tak rasa tertekan dan hidup lebih gembira. :)

Bak kata andrew matthews dalam buku beliau berjudul "Follow Your Heart", "we are not here to be punished. We are here to be educated. Every event has the potential to transform us, and disasters have the greatest potential to change our thinking. Act as if every event has a purpose, and your life will have purpose. Figure out why you needed an experience, conquer it and you won't need it again' (17)

Yup, sangat setuju dengan pendapat beliau terutama bila dia kata bencana yang kita hadapi ada potensi besar untuk mengubah cara kita berfikir. Contohnya kita akan jaga kesihatan apabila kita jatuh sakit. Itu satu bencana kan? Kita akan lebih berjaga-jaga menjaga motosikal kita bila motosikal yang lama dicuri orang. Bencana yang mengubah sikap kita kan? Bukankah bencana ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya? Jadi, sememangnyalah setiap sesuatu perkara yang kita hadapi setiap hari adalah pelajaran buat kita. Jom menghadapi pelajaran dengan jiwa tenang dan terbuka ;)

p/s: sekadar berkongsi pendapat. Aku makhluk lemah ;)