Tuesday, June 30, 2009

Makan Malam? atau Tayar Pecah?

Keliru nak highlight yang mana satu...hm...sebab dua-dua happened pada malam yang sama.

1). makan malam kesyukuran selepas balik dari UK...wah3...banyak pulak duit kitorang ek...buat makan malam kat Restoran Syam ni...hehe...bukannya apa, sebagai satu acara khas selepas balik. lagipun kitorang memang suka berkumpul dan bercerita semula tentang peristiwa peristiwa yang dah berlaku sepanjang bekerja bersama ni. Lagipun ni dah semester akhir...bukan lama lagi dah kat sini. So, masa yang ada ni kena digunakan betul-betul. lepas ni semua dah ada hal masing-masing belum tentu dapat kumpul macam ni. Terima kasih kepada lecturer yang sudi join sekali iaitu Puan Mahany, Miss Foo dan Mr. Su. Tambah meriah makan malam tadi tu.

Pergh...ada beberapa orang tu (nama tak dapat di statekan di sini) makan sampai tak hengat. Habis tulang-tulang ikan pun dibelasah dan kuah Tomyam dihirup (metafora). Tapi takpe, makan je...(teringat peristiwa makan malam kat UK-berpura2 makan dan buang dalam plastik)


Rasanya semua enjoy tadi dan makanan pun memang sedap. So, pergilah try makan kat Restoran Syam tu, gerenti sedap (iklan ini tak berbayar)


2). Selepas episod suka berlalu, sampailah ke episod hitam - Tragedi Tayar Moto ANI pecah. Agaknya ini kali ke berapa la ek peristiwa hitam berlaku kat Ani...kesian-kesian (sambil tergelak berguling-guling-Ani mintak maap). Entah macam mana ntah masa nak balik tayar moto dia boleh terkoyak rabak (satu lagi metafora). Ramai yang beranggapan sebab pemboncengnya makan terlalu banyak sampai terlalu berat (sapa la agaknya pembonceng tu?). Apa pun, mujur la semuanya dapat diselesaikan malam ni jugak. secara tiba-tiba ada stesen minyak yang offer nak tukarkan tayar tu. Leganya....

Walaupun tayar motor pecah, semua tetap maintain happy jugak. Agak pelik tapi itulah yang berlaku. Siap boleh bergambar dan berposing lagi kat stesen minyak tu. Apapun agak terharu bila nampak semua ahli tetap setia menunggu motor Ani siap di baiki. Ani...tolong belanja semua ahli minum k. haha....



p/s: bersatu teguh, bercerai roboh

Monday, June 29, 2009

Pembentangan

Selepas beberapa kali mengedit dan menstrukturkan presentation, akhirnya ia ditayangkan kat perhimpunan rasmi maktab. Kredit untuk Bob yang banyak membantu menyiapkan video gambar-gambar tersebut. Semoga dengan tayangan video tersebut dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk terus berusaha untuk berjaya. "di mana ada kemahuan, disitu ada jalan"...kena ingat ni lah...sebab kalau takde kemahuan, tentunya kita takkan berfikir macam mana nak capai kemahuan tersebut....so, just believe yourself although people around you do not want to believe... :)...ntah pape je yang aku melalut ni

Dah try untuk upload video tu, tapi nampaknya gagal...internet connection asyik putus-putus.... :(. Len kali lah try lagi

p/s: emosi kurang stabil

Sunday, June 28, 2009

kemalasan berterusan: ponteng perhimpunan

ekkk....patutkah aku membocorkan rahsia ini? Apakah sebarang tindakan tatatertib akan diambil? Jadi mintak maaf siap-siap kat sini...huhu...kemalasan telah menguasai pemikiran sehingga badan tak dapat digerakkan untuk bersiap-siap ke perhimpunan. walaupun dah bangun awal pagi dan mandi tapi minda tak dapat nak di setkan untuk pergi mematuhi arahan...sori...tapi kelas nanti akan pergi la...huhu....

Harap tak mempengaruhi sikap aku untuk hari seterusnya...huhu... I'm so lazy :( ... sedihnya dengan diri yang pemalas ni...macam mana nak improve ni? Perlukan motivasi!!!! Tolong!!!

Apapun nak letak lirik lagu Lenka kat sini...tajuknya "The Show":

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it aloneI've tried,
but I don't know why
Slow it down, make it stop
Or else my heart is going to pop'
Cause its to much, yeah its a lot
To be something I'm not
I'm a fool, out of love'
Cause I just can't get enough
I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it aloneI've tried,
but I don't know why
I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it outIt's bringing me down
I know, I've got to let it go
And just enjoy the show
The sun is hot in the sky
Just like a giant spot light
The people follow the signs
And synchronize in time
It's a joke, nobody knows
they've got a ticket to theshow.
just enjoy the showJust enjoy the show
dum de dum, da dum de dumand
just enjoy the show da dum de dum, da dum de dumand
just enjoy the showI want my money back (3x)
Just enjoy the showI want my money back(x3)
Just enjoy the show

p/s: tak tahu sebab utama letak lirik lagu ni, cuma dia menangkap pendengaran

Saturday, June 27, 2009

Sengaja nak upload lagi!

Disebabkan otak aku tengah tepu memikirkan macam mana nak tulis reflection sebab nak kena antar esok, aku dengan sengajanya download gambar-gambar kat UK lagi. Sebagai satu tempat simpanan untuk masa depan. Kot-kot la hilang, bley cari kat sini...huhu...
1). Dataran St. Alban-berehat sebeb penat berjalan, 2). perjalanan pulang dari College Lane
Campus, 3). atas London eye, 4). bunga-bungaan di Trafalgar Square

dan ini lagi gambar-gambar. kali ni aku ada banyak sumber gambar. dah ambil semua gambar dari ahli-ahli trip. Semua sekali aku rasa 1000keping lebih...haha...




1). Ahli lelaki 5orang 2).Madam Mahany dan Mr. Barry tengah rilex-rilex kat tengah padang 3). Aku dan Fathi kat Trafalgar Square 4). Akhirnya payung yang aku bawa bley guna sebab hujan masa hari terakhir..haha (bangganya) 5). Membeli-belah di ASDA
Oppss...ada lagi la...haha




1). Depan pintu masuk penginapan-Travelodge 2). sembang-sembang lepas kelas PE 3). kat Tower of London 4). Dengan Mandy lepas kelas design and technology 5). lagi kat dataran depan Buckingham Palace
p/s: akan upload lagi kalau ada masa...hahaha...jangan buhsan ye(biasala budak kampung pi London)

Friday, June 26, 2009

petang yang kasihan...

Sebenarnya peristiwa ni agak lucu bagi aku...huhu... petang tadi punyalah excited nak p jogging dengan Adli kat taman tengku Anis...buakn main awal dan bersemangat lagi aku siap2 nak ikut Adli...dah la pakai kasut baru, bertambah-tambah la semangat aku nak p jogging.



Nak dijadikan cerita, aku guna moto aku untuk p sana. Kiranya Adli naik dengan aku la...so, dengan bersemangat wajanya kami pun bertolak ke taman Tengku Anis tu sambil bersembang-sembang dengan Adli tanpa sebarang syak wasangka tentang apa-apa yang negatif bakal berlaku...



Elok-elok je kami sampai kat taman tu, kemudian aku mencari parking dan waktu tu la aku tersedar sesuatu...oh tidakkk...apakah ini benar-benar berlaku? Rupa-rupanya tayar moto belakang pecah...huhu...ni menunjukkan alamat yang tak baik! Aku terpaksa tinggalkan adli jogging sorang-sorang dan aku terkontang kanting mencari kedai moto...haha...lawaknya rasa...tak sangka bila dah betul2 sampai waktu ni la tayar moto nak pecah. Akhirnya petang aku yang aku rancang nak p jogging berakhir macam tu ja. mujur ada satu kedai moto yang masih buka...sempat la moto ni dibetulkan. Aku akhirnya jadi tukang anta dan tukang ambik Adli ja... Last-last aku dan adli p makan. jogging tak, makan je yang lebih...haha (aku la)



p/s: terima kasih kat adik kedai moto tu yang tolong walaupun dia dah mandi. aku telah menyusahkan dia...huhu

Shrek 3: Ulasan cerita, satu pengajaran


Semalam aku secara tak sengajanya menonton satu animasi yang agak best jugak...Shrek 3. Aku rasa cerita ni sangat bagus dalam memberi pengajaran. Terutama sekali untuk menerima diri kita seadanya. Cerita ni banyak memberi input tentang betapa kita mampu kalau kita percaya pada diri sendiri. Ni adalah dialog yang aku nak highlightkan :
" good friend of mine told me that just because people traet you like a villain or an ogre or just some loser, it doesnt mean you you are one. the things that matters most of what you think of yourself. If there something you really want or something you really want to be with, than the only person standing on your way is only YOU!"
Rasanya kata-kata ni sangat bermakna. Walaupun belum cukup mampu untuk bangkitkan kekuatan dalam diri kita, tapi at least we need all this to raise the motivation in ourselves. Best la cerita ni. Ditambah dengan elemen-elemen lucu watak-watak kat dalam tu memnag kalau dah mula, mesti nak tengok sampai habis. Tak caya? tengok sendiri.
p/s: tak de keje la ni...huhu

Wednesday, June 24, 2009

Kuatkan diri, kuatkan hati!

Itu saja yang diperlukan buat masa ni. harap Allah bantu menguatkan hati ni. Menguatkan diri ni serta menjadikan minda ni positif...

p/s: kurang keyakinan diri

Tuesday, June 23, 2009

kadang-kadang pentingkan diri tu perlu

(1)
kalau kita kat tepi sungai dan tiba-tiba ternampak seseorang lemas kat sungai tu, apa yang perlu kita buat? Kalau kita ni tak pandai berenang, perlukah kita terjun jugak kat dalam sungai tu? agak-agaknya tindakan kita ni betul ke? Atau kita perlu cari alternatif lain selain dari terjun jugak kat dalam sungai tu? Kalaau dah sah-sah kita tak tahu berenang, agak-agaknya apa akan jadi kat kita dan orang yang lemas tu?
(2)
Kalau kita kat atas kapal terbang dan tiba-tiba kapal kita kekurangan oksigen, dan alat bantuan pernafasan dijatuhkan apakah yang pelu kita buat? Adakah kita perlu memasang alat bantuan pernafasan tersebut kat orang sebelah kita dahulu? Apakah kita mampu menahan nafas tanpa oksigen melebihi satu jam? Agak-agaknya apa yang bakal terjadi kat kita kalau kita sibuk nak pasangkan kat orang lain? Adakah kita dah cukup mahir memasangkan alat tersebut pada orang lain? Agak-agaknya apa yang bakal berlaku pada kita dan orang sebelah kita tu?
kadang-kadang kita perlu pentingkan diri. Bukan bermaksud kita ni jahat tapi mengikut situasi tertentu. Ntah? tapi rasanya kita perlu rasional. banyak lagi contoh lain yang kadang-kadang berlaku dalam kehidupan. Apapun, kena buat pilihan yang betul...bukan mengajar untuk menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri tapi hanya bertindak untuk sama-sama berfikir tentang pilihan yang perlu dibuat dalam kehidupan ni. Diri sendiri atau orang lain?
p/s: termenung 2 minit

Monday, June 22, 2009

Mampukah ni?

Ekk...mula-mula rasa macam seronok je bila dah masuk semester akhir ni...tapi pagi tadi tiba-tiba jantung berdegup kencang...memikirkan macam mana nak score 4 paper semester ni..takutnya...mampukah aku ni? kalau dengan berbekalkan sikap malas aku ni, isy... rasanya macam tak mampu je...huhu...

Kena cari jalan ni...kalau boleh nak dapat result yang baik la untuk semester akhir ni. Tapi ternyata memang sukar la. Bila dilihat kepada mutu persembahan aku dalam assignment sebelum-sebelum ni, ternyata aku jauh ketinggalan dari orang-orang lain...rasanya masih tak cukup kritikal dan tak pandai menganalisis...ditambah pulak dengan grammar yang kucar kacir tu...pergh...susah ni...Pit, u have to find solutions! Kadang-kadang kita saja yang rasa kita dah buat cukup baik tapi hakikat sebenarnya, tak sampai kepada kehendak soalan pun.

Tapi aku belajar something dari pengalaman aku membuat asignment-assignment ni yang aku rasa boleh terap dalam kehidupan: kita kena reflect diri sendiri. Aku belajar yang kita perlu mengetahui apa yang kita pelajari dan kita mesti ubah dan pertingkatkan mana yang tak cukup. Em...memang susah kalau nak ubah diri kan? Sama jugak dengan buat assignment ni. Susah wo nak ubah gaya penulisan...haha...tak tahu la sebenarnya bersangkut paut atau tak apa yang aku cakap ni. Tapi aku rasa ada sikit-sikit kaitan kot. Apa pun belajar dari kesilapan dan tak boleh asyik menyalahkan orang lain....reflect diri


p/s: banyaknya kelemahan :( kena kuat lagi! Takleh berjalan, kena berlari...

Sunday, June 21, 2009

Lagi Cerita tentang Trip to UH: Berjumpa Vice Chanselor


Ni salah satu peristiwa penting jugak semasa lawatan ke University of Hertfordshire. kami diberi peluang berjumpa secara dekat dengan vice chanselor of UH. Wah...peluang ni bukan senang nak dapat. pelajar sepenuh masa di UH pun belum tentu dapat berjumpa macam ni. Tak sangka dalam dia busy2 dengan hal dia dapat jugak dia luang masa sekejap dengan kami. Dia sempat bagi ucapan sekejap untuk alu-alukan kedatangan kami dan rasanya dia ni sangat peramah dan suka bergambar...haha... Apa pun, aku rasa sangat bertuah la...hehe..
Ha...sehari lepas perjumpaan tu, kami dapat tahu yang vice chanselor ni telah pun menulis tentang lawatan kami kat dalam blog dia...ni adalah apa yang dia telah tulis...enjoy:

Malaysian Visitors


Wednesday 03 June 2009

The University works with international partners in many different ways. For the last few years, our School of Education has been running a supporting the Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) in delivering a BEd Hons Mathematics Programme. The objective of this programme was to help Malaysia make teaching an all-graduate profession and UH has been working in a consortium of international universities to support this policy. This morning, I welcomed 13 students and 2 members of staff from IPKB who are visiting the UK for ten days to witness Primary School education in the UK and to experience UK Higher Education personally. It is always a pleasure to meet visitors from Malaysia - it is well known that I have many friends in Malaysia myself.There is no doubt that the University has helped the Institut in developing its programme, and this will be sustained for many years by the Malaysian government. This is excellent work by the School of Education and hopefully is the beginning of further ventures in other countries as the University extends its network of friends on a global basis.

p/s: mari kita sama-sama pakat usaha untuk apa jugak yang kita nak. "When there is a will, there is a way"

Selamat Datang Semester Akhir!

Yea...secepat kerlipan mata, aku dah pun sampai ke semester akhir pengajian sebagai guru. Pagi2 sampai je kat KB terus buka laptop sebab nak tulis selamat datang ni lah...haha... Semoga semester akhir ni berakhir dengan baik denagan seribu kenangan yang takkan luput sampai bila-bila...amin

Semester akhir...penentu hala tuju aku sebagai guru di masa hadapan...

terus sabar dan tabah

Friday, June 19, 2009

Kahwinnn???


OOps...satu persoalan yang tiba-tibe telah muncul dari mulut bapak sedara aku...ergh...susahnya soalan ni. Lebih susah dari soalan summative assessment semester lepas. Critanya macam ni... macam biasa, hujung-hujung minggu aku akan ikut mak dan abah balik umah tok...biasala..aktiviti memancing ikan air tawar bakal dijalankan...

walaupun pada dasarnya aku tak minat sangat memancing ni, tapi bila dah tak tahu nak wat apa petang-petang cam ni aku akan ikut gak. At least aku suka lepak tengok bendang yang hujau plus matahari terbenam...haha... So, dalam sibuk-sibuk aku melayan perasaan sambil makan kacang dan tengok mak dan abah bengai ikan tiba-tiba waktu tu jugaklah pakcik aku ni membilang anak-anak abah yang dah kahwin. dan disebabkan kerajinan dia membilang tu lah dia terus tanya soalan yang agak ganas ni kat aku...huhu... "Bang Pit bila nak kahwin ni?"

Memang mencabar soalan ni...terpaksa buat-buat senyum sambil berfikir jawapan. So, aku pun bagi jawapan selamat. "Lepas Bang Di"...haha (mentang-mentang Bang Di takdak aku telah gunakan nama dia untuk selamatkan diri aku..haha)


Apa pun yang sebenarnya cek ni calon pun takdak lagi pakcik oi...sabaq sat...pas2 ni cek pikiaq la no...haha

p/s: Ekkk...

Thursday, June 18, 2009

Diri Ini…(Epilog Seorang Pendosa)

Seringkali aku terfikir
Mampukah aku tawan jannah Allah?
Mampukah aku miliki ‘tittle’anak soleh?
Mampukah aku seimbangkan kehidupanku antara dunia dan akhirat?
Mampukah?

Seringkali aku termenung
Kenangkan bergunung dosaku
Kenangkan tunduknya diriku pada hawa nafsu
Kenangkan bagaimana dapat aku bersih noda itu

Kenapa sering aku terlupa?’
Mungkin kerana terselitnya rasa riak di hati….
Mungkin ada terbungkam rasa ujub yang tak disedari….
Mungkin tercalit rasa megah dan sombong yang merosakkan hati…
Mungkin akurku pada nafsu yang membuak-buak berapi….

Ya Rabbi…
Kuatkanlah diri ini
Melangkah didunia fana yang kau ciptakan sebagai perhentian sementara
Yang kau telah turunkan bimbingan padaku
Melalui surat QuranMu
Melalui Rasul junjunganMu
Namun mengapa aku tiada mengerti? Tiada memahami?

Mak…Abah…
Doakanlah kebaikan buat anakandamu ini
Didiklah aku sebaik dan semampu
Agar aku tiada akan terbabas melalui lorong-lorong yang berliku

Teman…Handai…Taulan…
Kirimkanlah kata-kata nasihat padaku
Tegurilah aku dikala kesesatan
Jangan abaikan aku
Jangan tinggalkan aku sepi bersama dosaku
Jangan tinggalku aku terus diselubung hitamnya noda

Diri ini terlalu lemah
Diri ini terlalu daif
Diri ini tak mampu melawannya
Ya Allah…..
Selalu aku mengadu padaMu
Berjanji padaMu
Namun kerap kali juga aku mungkirinya



p/s: soalan-soalan yang selalu tertanya....

Wednesday, June 17, 2009

Alkisah Lompat-melompat di Kota London

Ha...ni satu aktiviti bergambar yang telah melanda ahli-ahli trip di Kota London: bergambar sambil melompat. Aku rasa Ayie lah pelopor kepada aktiviti ni sebelum berjangkit kepada ahli-ahli yang lain termasuklah aku sendiri...haha...yang tak tahan tu, budak pumpuan pun sama naik gak...tak caya tanyalah Ani-pengerusi bergambar sambil melompat wanita (harap Ani tak baca...haha)...tapi memang la best jugak...nampak sempoi je dalam gambaq.

Ha...nak dijadikan cerita, ada salah sorang ahli ni tercedera semasa melompat...kuang3...nak tahu siapa? huh...carilah sendiri...pastu ada jugak yang melompat sampai terangkaat baju2...huh...memalukan...setakat ni hanya ahli2 je yang tahu...haha... Ni antara posing lompat-melompat yang aku dapat dimuatkan...yang selebihnya sensored...haha


Lompat! jangan tak lompat...lepas ni dah tua, dah tak larat dah nak lompat...haha...lagipun bukan selalu boleh lompat dalam gambar kat London ni...huhu





1). Lompatan selepas melawat Madam Tussauds; 2). Lompatan di Trafalgar Square; 3). melompat sebelum perform dikir barat depan lecturer UH; 4). Lompatan baju batik depan hotel Travelodge; 5). Lompat kat dataran pekan St. Alban; 6). separuh lompat di depan Buckingham Palace; 7). Ani dan Yani kat depan bus stop; 8). Lagi lompatan sebelum berjalan tunggu bas nak p makan kat St. Alban

p/s: lompat melompat ni dah bermula sejak kelas PE yang di handle oleh Barry-belajar dynamic in teaching jump masa hari pertama kami sampaiu ke UH

Tuesday, June 16, 2009

Sharing is Caring

Duduk saja-saja kat umah buat aku rasa nak upload beberapa keping lagi gambar-gambar kat UK aritu. Sorilah ye...budak kampung cam aku ni dapat jejak kaki ke UK, memang la excitednya tu susah nak dipadamkan...haha...Apa-apa pun, Alhamdulillah kami semua bebas dari Influenza A yang tiba-tiba sekarang dah pun menyerang Britain....fuh... Ok...ni lah gambar-gambar tu, sharing is caring :)

1) semasa tunggu bas nak ke London; 2) sebelum berlepas ke London-pakai mask(ye2 je); 3) St. James Park (berhenti solat kat taman ni); 4) 1 badan 5 kepala


Dan lagi:
1)bunga-bungaan yang cantik di musim panas; 2) kat depan De Havilland Campus lawan gusti lengan; 3)Istana Buckingham; 4) dekat Tower of London berlatarkan London Bridge - Nak naik River Cruise


p/s: kalau ada rezeki nak terus travel ke mana-mana je bumi Allah ni. Bestnya!

Monday, June 15, 2009

Aku keluar bercuti lagi! - Teluk Batik, Perak-

Akhirnya rancangan aku dengan geng2 lama (asrama SMKDSO) berjalan lancar. Venue kami kali ni ialah Teluk Batik, Lumut Perak. Em...secara ringkasnya tempat ni memang menarik untuk bercuti bersama keluarga. Kalau p dengan geng-geng macam ni rasanya kurang sesuai sebab ramai sangat orang. So, kena pandai-pandai la cari port cam nak pasang khemah dan sebagainya. Kalau main suka ati je, bley wat gaduh tu....haha...

Walaubagaimanapun, kami tetap enjoy sakan gak kat sana. Haha...walaaupun masa on the way tu hujan sket, tapi masa dah sampai da tak ujan da....kami bertolak pukul 11 pagi dan sampai sana lebih kurang pukul 4 (termasuk banyak kali berhenti makan dan sebagainya). View tempat ni memang cantik r. Tak kalah gak r dengan pantai2 lain.

Tak buat apa sangat kat sana. Mandi laut, mandi laut dan mandi laut. Pastu sembang-sembang merapu, gelak-gelak dan kena mengena...haha...takde kerja lain...Tapi best r...bukan selalu leh lepak-lepak camni...lepas ni semua balik ke kampus masing-masing semula...fuh...

Sebelum balik, aku sempat beli 2 helai t-shirt teluk batik sebab RM9 je dan cekak rambut untuk cik Etot...haha...dia nak nagis masa aku tinggal sebelum bertolak tu, so kena beli sesuatu untuk ambik hati dia balik...haha

Lastly, kami sampai umah semula dalam pukul 3 pagi...fuh...agak meletihkan tapi memang best r. Tambah pulak p dengan geng2 yang berkepala sama denganku...maka ianya menjadi lebih happening. haha.... Ni antara gambar-gambar yang diambil kat sana...gambar-gambar masa mandi telah pun disensoredkan....haha..
.

P/s: tetap bemasalah jugak nak cam jalan....huhu...tak nak sesat

Saturday, June 13, 2009

Melihat matahari terbenam di rumah Tok Chah(tok sebelah abah)

Cantiknya....tapi sayang tak bawak kamera pulak...yang ada cuma henset. Kira aci la...yang penting hati rasa senang...haha...tapi sangat cantik bila sawah padi yang hijau terbentang ditambah dengan cahaya matahari yang kejinggaan...fuh...syahdunya... Hebat sungguh ciptaan tuhan....

(ops...gambar tak dapat nak di upload...haha)

Gambar ganti kira aci la ye...haha




p/s: yes...esok kemungkinan besar akan p bercuti ke Lumut bersama geng2 asrama SMKDSO...haha....best2

Friday, June 12, 2009

Souvenirs: Ulasan 3 buah buku

Dalam sibuk membeli belah buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia masa Educational Trip ari tu, aku telah terpikat kepada 3 buah buku murah di sebuah kedai buku kecil kat Galeria. Hm...mula-mula rasa macam was-was jugak nak beli. Tapi bila memikirkan yang aku mungkin takkan datang lagi dah tempat ni, so aku pun beli lah...harganya pun tak lah terlalu mahal...2pound setiap satu (RM12). So, denagn excitednya aku beli pada hari terakhir aku kat Travelodge( Hotel yang kami duk). OK, kat sini aku dengan sengajanya nak wat ulasan sket-sket tentang buku yang aku beli ni (walaupun tak baca lagi...haha)...meh kita tengok satu persatu k:

1. Improve your Written English byMarion Field
Buku ni lebih kepada penulisan asa untuk menulis English dengan bagus...(wah3). Ada sentence constuctions, puntuations and spelling (apa ke benda kena baca la ye sebab cek pun tak berapa pasti apa ni)... Yang penting aku rasa buku ni la yang mula-mula menarik perhatian aku sebab tajuk dia tu (harga pun antara sebab utama jugak). So, aku rasa aku kena beli jugak sebab aku bakal jadik cikgu bahasa inggeris nanti ni. Di bawah ni rupa bentuk sebenar buku ni:


2. Improve your Punctuation and Grammar by Marion Field
Jugak dari penulis buku yang sama. Tapi yang ni lebih kepada grammar la. Rasanya interesting jugak. Tapi tak tahu la sebanyak mana aku akan baca cuma bila nampak isi kandungan ada la benda-benda yang aku selalutertanya bila duk wat esei ni. Aku rasa beli buku ni tetap perkara wajib jugak walaupun belum tentu aku akan menyentuhnya lagi. At least aku tahu aku dah ada. Cuma tinggal nak baca je (amin...harap-harap aku baca)

3. Easy Spanish keluaran Harper Collins Publisher

Wah...buku ni sangat menarik hati jugak. Walaupun dia bukan yang pertama menarik perhatian aku, tapi dia memang menariklah. Sesuai dijadikan panduan untuk belajar sikit-sikit spanish ni. Entah kenapa ntah nak pulak aku belajar bahasa ni. Haha...mungkin bila duk dengar bebudak kat sekolah UK cakap spanish and france buat aku tertarik kot. Yang bestnya tentang buku ni, dia betul-betul bagi panduan la. Termasuk dengan gambar berwarna sampai la kepada kebiasaan yang berlaku di negara yang bertutur Spanish ni. Fiuh...memang tak rugi ni aku beli (saja menyedapkan hati)...haha

OK. Ni lah antara souvenirs yang aku bawak balik dari UK ni. Harap dia ni jadi buah tangan yang berbaloi dan boleh disimpan dan digunakan sampai bila (nanti nak pas kat anak cucu pulak). Sekarang ni aku merasakan kepentingan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris aku ni. Dah tak lama lagi dah nak jadi cikgu ni. takut jugak kalau tak pandai. So, sementara masa masih adani, kena la belajar untuk improve. Tak nak jadi 'bodoh sombong', dah tahu bodoh tapi berlagak pandai...huhu...mintak dijauhkan sikap ni...amin

p/s: kepada sesiapa yang berniat nak pinjam, aku akan sediakan kad pinjaman nanti....hahaha...koya pulak dop