Followers

Tuesday, July 07, 2009

Terpesona pada kekurangan: Bukan beerti kekalahan


Hari ni sekali lagi aku menyaksikan kehebatan palajar-pelajar khas. Memang hebat anugerah Allah pada mereka. Siapa kata bila kita hilang atau takde sesuatu yang macam orang lain ada, kita takkan mampu bersinar? Siapa kata kita akan gagal kalau kita kekurangan? Siapa kata kita tak boleh lakukan sesuatu yang membanggakan kalau kita lemah? (cewah...) Sebenarnya terletak pada kemahuan kita dan macam mana kita memandang kelemahan tersebut. Berfikiran positif sangat bagus. Aku yakin semua pelajar khas yang buat persembahan tu ada minda yang positif yang menggerakkan mereka...bagus...semoga kecemerlangan terus bersama semua mereka.


kadang-kadang aku yang Allah kurniakan anggota badan yang lengkap ni pun tak mampu untuk menjadi positif. Tapi segala yang baik yang aku dapat sepanjang hari ni, patut dijadikan suatu pengajaran. Yang peliknya, aku ni bermotivasikan negative thinking...pelik sikit, tapi itu hakikat diri aku kot...haha...ntah.... Apapun, tetap percaya pada qada' dan qadar Allah. Aku hanya manusia yang selalu terlupa dan selalu melakukan kesalahan ja...cakap je pandai, buat tak pun....huhu...ampun kan aku ya Allah


p/s: adakah kehilangan apendiks dalam badan boleh dianggap pelajar khas?