Followers

Friday, July 17, 2009

Khutbah Jumaat: satu ulasan

Minggu ni solat Jumaat kat umah...yay! Ada perkara menarik yang telah disentuh oleh imam ketika bacaan khutbah yang telah menarik perhatian untuk terus mendengar dan terus mereflect diri sendiri...(banyaknya yang tak kena dengan diri ni...sedihnya). Imam hari ni bukan imam masjid tapi imam jemputan...hm...memang selalu majid Gunung Sali jemput imam luar supaya ada kelainan...(Kalau tak salah Ustaz Hanafi nama beliau).

Antara isi yang menarik perhatian untuk hari ni ialah bila beliau menyentuh tentang tahap ketaqwaan manusia dalam tahun-tahun kehidupannya. Contohnya, dia ada bagi range umur dan apa kesannya terhadap taqwa kalau tak jaga. Sangat terharu...(maaf tak mampu nak ceritakan lebih lanjut sebab diri kurang arif jadi takut melakukan kesilapan)

Apa yang pasti, aku yakin apa yang disampaikan oleh imam pada hari ni sangat meresap ke dalam semua pendengar sebab suaranya yang lantang sangat menyentuh hati. Beliau juga tidak mengharapkan teks semata-mata tapi sangat smooth menyampaikan dengan kaedah sendiri. (tak pandainya nak mengulas dan berkongsi-tapi harap dapat share something)

p/s: minggu ni abdah pun ada sekali kat umah :)