Followers

Sunday, July 05, 2009

Akhirnya aku berjaya selesaikan: satu ulasan


Yeah...aku berjaya habiskan article yang diberi oleh madam Maheran...so, sekarang ni dengan berlagaknya(isy...sikap yang sangat tidak baik...tak dibenarkan meniru aksi ini) aku nak tulis sedikit ulasan tentang apa yang aku faham (walaupun belum tentu betul dan tak cukup kritikal-itu sudah pasti...haha). Dengan membuat anggapan ini satu latihan, maka aku dengan gatal jarinya akan membuat ulasan ke atas article yang bertajuk: Assessment and Evaluation. [http:www.saked.gov.sk.ca/docs/mla/assess.html]

(1). Mengikut pendapat aku, artikel ini sangat menarik untuk dibaca oleh bakal-bakal guru sebagai persediaan untuk membuat latihan dan penilaian kepada para pelajar. Ianya banyak memberi panduan macam mana nak sediakan latihan dan penilaian yang berkesan dan berterusan. Paling menarik perhatian aku membaca artikel ni bila dia memberi panduan dengan sangat mendalam sampaikan kepada proses menjalankan, soalan-soalan yang patut ditanya, dan jugak strategi yang patut di lakukan oleh guru.

Kalau diteliti secara mendalam aku rasa apa yang diberikan oleh penulis ni adalah sama dengan apa yang aku alami sepanjang belajar dalam B.Ed Math ni. Contohnya formative assessment, summative assessment dan jugak portfolio. Begitu jugak dengan feedback yang diberikan ke atas assignment yang dihantar. walaupun pada mulanya aku tak biasa dengan cara feedbak yang diberi (dimana dimulakan dengan pujian yang melambung tapi markah tak seperti yang dijangka) namun selepas beberapa semester, aku dah terbiasa dan mula menerima cara feedback tersebut.


Rasanya madam akan bincang lagi tentang artikel ni esok dan semoga bertambah kefahaman aku...huhu...yang palin penting kena terus kuatkan diri untuk paksa menghabiskan bacaan...bukan apa, tak nak jadi macam sebelum ni. liat betul nak habiskan bacaan sedangkan lecturer dah bertungkus lumus mencari bahan untuk aku...huhu...tak nak jadi orang yang tak reti menghargai...kalaau malas sekalipun cukup la malas mencari tapi jangan malas atas benda yang diberi; tu namanya tak menghargai.

Vocab baru: culminating (kemuncak), collate (memandang dengan teliti), anecdotal (kisah pendek)

p/s: suka sebab dah habiskan baca research jugak :)