Followers

Friday, June 12, 2009

Souvenirs: Ulasan 3 buah buku

Dalam sibuk membeli belah buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia masa Educational Trip ari tu, aku telah terpikat kepada 3 buah buku murah di sebuah kedai buku kecil kat Galeria. Hm...mula-mula rasa macam was-was jugak nak beli. Tapi bila memikirkan yang aku mungkin takkan datang lagi dah tempat ni, so aku pun beli lah...harganya pun tak lah terlalu mahal...2pound setiap satu (RM12). So, denagn excitednya aku beli pada hari terakhir aku kat Travelodge( Hotel yang kami duk). OK, kat sini aku dengan sengajanya nak wat ulasan sket-sket tentang buku yang aku beli ni (walaupun tak baca lagi...haha)...meh kita tengok satu persatu k:

1. Improve your Written English byMarion Field
Buku ni lebih kepada penulisan asa untuk menulis English dengan bagus...(wah3). Ada sentence constuctions, puntuations and spelling (apa ke benda kena baca la ye sebab cek pun tak berapa pasti apa ni)... Yang penting aku rasa buku ni la yang mula-mula menarik perhatian aku sebab tajuk dia tu (harga pun antara sebab utama jugak). So, aku rasa aku kena beli jugak sebab aku bakal jadik cikgu bahasa inggeris nanti ni. Di bawah ni rupa bentuk sebenar buku ni:


2. Improve your Punctuation and Grammar by Marion Field
Jugak dari penulis buku yang sama. Tapi yang ni lebih kepada grammar la. Rasanya interesting jugak. Tapi tak tahu la sebanyak mana aku akan baca cuma bila nampak isi kandungan ada la benda-benda yang aku selalutertanya bila duk wat esei ni. Aku rasa beli buku ni tetap perkara wajib jugak walaupun belum tentu aku akan menyentuhnya lagi. At least aku tahu aku dah ada. Cuma tinggal nak baca je (amin...harap-harap aku baca)

3. Easy Spanish keluaran Harper Collins Publisher

Wah...buku ni sangat menarik hati jugak. Walaupun dia bukan yang pertama menarik perhatian aku, tapi dia memang menariklah. Sesuai dijadikan panduan untuk belajar sikit-sikit spanish ni. Entah kenapa ntah nak pulak aku belajar bahasa ni. Haha...mungkin bila duk dengar bebudak kat sekolah UK cakap spanish and france buat aku tertarik kot. Yang bestnya tentang buku ni, dia betul-betul bagi panduan la. Termasuk dengan gambar berwarna sampai la kepada kebiasaan yang berlaku di negara yang bertutur Spanish ni. Fiuh...memang tak rugi ni aku beli (saja menyedapkan hati)...haha

OK. Ni lah antara souvenirs yang aku bawak balik dari UK ni. Harap dia ni jadi buah tangan yang berbaloi dan boleh disimpan dan digunakan sampai bila (nanti nak pas kat anak cucu pulak). Sekarang ni aku merasakan kepentingan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris aku ni. Dah tak lama lagi dah nak jadi cikgu ni. takut jugak kalau tak pandai. So, sementara masa masih adani, kena la belajar untuk improve. Tak nak jadi 'bodoh sombong', dah tahu bodoh tapi berlagak pandai...huhu...mintak dijauhkan sikap ni...amin

p/s: kepada sesiapa yang berniat nak pinjam, aku akan sediakan kad pinjaman nanti....hahaha...koya pulak dop