Friday, June 19, 2009

Kahwinnn???


OOps...satu persoalan yang tiba-tibe telah muncul dari mulut bapak sedara aku...ergh...susahnya soalan ni. Lebih susah dari soalan summative assessment semester lepas. Critanya macam ni... macam biasa, hujung-hujung minggu aku akan ikut mak dan abah balik umah tok...biasala..aktiviti memancing ikan air tawar bakal dijalankan...

walaupun pada dasarnya aku tak minat sangat memancing ni, tapi bila dah tak tahu nak wat apa petang-petang cam ni aku akan ikut gak. At least aku suka lepak tengok bendang yang hujau plus matahari terbenam...haha... So, dalam sibuk-sibuk aku melayan perasaan sambil makan kacang dan tengok mak dan abah bengai ikan tiba-tiba waktu tu jugaklah pakcik aku ni membilang anak-anak abah yang dah kahwin. dan disebabkan kerajinan dia membilang tu lah dia terus tanya soalan yang agak ganas ni kat aku...huhu... "Bang Pit bila nak kahwin ni?"

Memang mencabar soalan ni...terpaksa buat-buat senyum sambil berfikir jawapan. So, aku pun bagi jawapan selamat. "Lepas Bang Di"...haha (mentang-mentang Bang Di takdak aku telah gunakan nama dia untuk selamatkan diri aku..haha)


Apa pun yang sebenarnya cek ni calon pun takdak lagi pakcik oi...sabaq sat...pas2 ni cek pikiaq la no...haha

p/s: Ekkk...

2 comments:

  1. makan nasik menyak jgn lupa ajak cek tuhh..

    ReplyDelete
  2. dun wory, hang kalau takdak calun kt m'sia ni hang p la balik skolah2 yg hang dh p ms kat england tu. maybe ada la anak2 mat saleh yg terpikat kat hang =p

    ReplyDelete

Superb! ;)