Sunday, January 31, 2010

Janji yeak

Oh..aku mengajar muzik untuk Tahun 6 di SKKK ni. Jadi, aku ada ajar la sebuah lagu yang aku belajar dari SKMDSO dulu. Bila budak-budak ni dah terer menyanyikan lagu ni, aku bersama mereka ubah lirik lagu ni ke bahasa Temiar :) Oh..ni Direct Translation ye..maybe salah ni tapi ni lah hasilnya :)

JANJIKU = JANJI YEAK

Yeak sering papoq kejayaan (Aku sering impikan kejayaan )
Yekiedapat puncak menara gading (Memiliki puncak menara gading)
Mengapa geknak banyak dugaan(Mengapa begitu banyak dugaan)
Namun yeak-ie tetap terus samak (Namun tetap kuteruskan)

Kutempuhi segala kepahitan (Yeak tempuhi segala kedeq)
Kuatasi setiap kegagalan (Yeak atasi setiap ye-ie gagal)
Namun aku akan terus mencuba (Tapi yeak akan terus terey)
Walaupun banyak dugaan kuhadapi (Walaupun jaje dugaan yeak hadapi)

Ya tuhan ie-sego henem yeak (Ya tuhan tenangkan hatiku)
Oh cikgu hamkoh ilmu (Oh guru taburkanlah ilmu)
Demi kejayaan yeak papoq (Demi kejayaan kuimpikan)

Oh apak yod amek (Oh ayah dan juga ibu)
Yeak amat gunakan perangsang dari ka'an (Kuamat perlukan perangsang darimu)
Untuk ie-teruskan perjuangan (Untuk meneruskan perjuangan)

Agar yeik selaluk (Agar kusentiasa)
Iejek putus asa (Tidak berputus asa)
walau geknak menuimpa yeak ie-kodnya (Walau dugaan menimpa kuterimanya)

Di suatu hari akal (Disuatu hari nanti)
Pasti yeak kan menang (Pasti ku kan berjaya)
Akan yeak buktikan janji yeak doh (Akan aku buktikan janjiku ini)


p/s: menguatkan hati untuk halang perasaan malas..Ya allah..jauhkan diri dari sikap malas yang berpanjangan.. amin :(

Saturday, January 23, 2010

Menarik? :P Agaknya kot... :S


Ada beberapa tempat kat kawasan SK kampung Kenang ni yang kena beri perhatian..hehe...tempat-tempat adanya line telefon bar penuh...haha... yang pertama yang aku selalu guna waktu malam ialah kat bawah garaj kereta depan rumah, atau tempat kedua kat tangga batu dan tempat lepak waktu petang untuk hantar mesej atau telefon ialah kat atas pentas perhimpunan kat hujung sebelah kanan tepi tangga...mesti duduk denagn tepat untuk memastikan line telefon terbabit stabil..hehehe...rasanya dah terbiasa dah walaupun baru 3 minggu kat sini...hehe


Aku rasa kehidupan kat sini, line telefon lah yang tak berapa nak best sangat. Yang lain rasanya semua menarik..hehe...makan free, mesin basuh ada, TV ada denagan ASTROnya sekali, dapur dah siap kalau-kalau nak masak dan untuk sementara waktu ni kenderaan tumpang dulu la..hehe (InsyaAllah lepas ni bawak sendiri). Kalau dari segi tugas kat sekolah pun, takde pulak lagi diberi sebarang tanggungjawab yang berat-berat lagi..setakat ni mengajar je...Alhamdulillah..rasanya rentak mengajar kat sini pun dah semakin dapat dah. Cuma nak improve kat bahagian pembezaan antara pelajar lemah dan pelajar advance je... masih kabur lagi dengan kaedah terbaik yang patut dibuat...takpe..take time sikit kot..cikgu2 kat sini pun baik-baik dan caring jugak..selalu ambil berat.. (think positive) :) Terima kasih ye :)


Apa pun aku rasa makin selesa kat sini..Alhamdulillah..semoga semua jadi lebih baik dan lebih bagus lagi ... amin :) Oh..dan semoga kawan-kawan yang lain yang sama-sama posting tahun ni di mana saja anda berada, anda juga selesa ditempat baru tersebut :)

p/s: sometimes you have to ignore small matters ;)

Friday, January 15, 2010

selepas 2 minggu di SKKK...


Nampaknya dah 2 minggu di sekolah Kebangsaan kampung Kenang... Alhamdulillah...rasanya setakat ni takde masalah2 yang berat-berat lagi.. kecuali risau tentang aktiviti pengajaran kat murid-murid... still dont know how to do it effectively...sebab murid-murid asli ni special sikit... kebanyakan mereka tak tahu sebab datang ke sekolah dan tak tahu pun apa yang diorang buat kat sekolah tu..lebih meyakinkan bila guru besar aku cakap yang sesetengah diorang ni datang ke sekolah semata-mata untuk makan ayam..hehe..almaklumlah semuanya percuma... tapi aku tetap risau jugak..kalau boleh nak jugak ajar sampai diorang ni dapat apa yang sepatutnya..huhu... lepas masuk beberapa kelas, terasa ssedikit tercabar dan terasa macam tak tahu macam mana nak ajar..tapi it not the reason to give up! Its the strat for me to keep try and try! cewahhh... I just hope i will always be strong! amin...

Khamis yang lepas telah dilantik menjadi juru acara majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah..nampaknya aku telah mengikat kontrak untuk jadi pengacara majlis kat sekolah ni secara tak langsung..haha..sebab semua cikgu dah kata macam tu...haha... tapi aku Ok je..mujur ada gak pengalaman sikit2 nak jadi MC ni masa kat maktab dulu..so, tidaklah terlalu kekok dan gementar sangat... :) rasa best pun ada gak sebab bila dah jadi MC ni, dapat la kenal orang lain dengan lebiuh rapat... hikmah kan.. :)

Harap hari yang mendatang di SKKK akan terus menceriakan hidup aku :) amin!

p/s: main internet di makmal komputer...seolah2 aku yang punya! wakaka

Wednesday, January 13, 2010

proses menyesuaikan diri...


oh...dah masuk 2 minggu di SK Kampung Kenang...ada beberapa perkara masih belum settle in lagi... Ya Allah kuatkan aku... Rasanya aku tak ada masalah sangat tentang sekolah ni melainkan pergaulan dengan rakan sekerja yang lain...huhu...seperti biasa, aku memang lambat sikit nak mesra...huhu...malu dan takut... :( Oh banyaknya kelemahan diri...Semoga semuanya akan lebih selesa bila lebih lama aku disini...yang penting semoga hati terus positif je... :) Tapi rasa sangat syukur sebab bila ditempat baru, timbul keinsafan tentang kerdilnya diri ni kat dalam dunia ni... :( Semoga berkekalan!

Oh...dalam seminggu masuk kelas ni, ada beberapa perkara yang dah dapat di detect dengan kanak-kanak orang asli ni...yang menyedihkan ialah kurang kemahuan belajar :( agak sedih...yang tak boleh diterima sangat tu bila sesetengah dari diorang datang ke sekolah hanya sebab nak makan ayam...huhu...

Dalam satu-satu kelas tu, perbezaan kemampuan berfikir antara pelajar amat ketara....memang kena bahagikan mereka ikut kemampuan belajar, kalau tak buat macam tu jawabnya semuanya akan hanyut tak belajar nanti...huhu... Semoga terus tabah! Amin.... I still have lots to learn about them before I really know what to do!

p/s: dikelilingi gunung ganang dan dilitupi kabus pada awal-awal pagi

Sunday, January 10, 2010

SK Kampung Kenang - Permulaan sebuah perjalanan :)


Wah...dah seminggu di tempat baru...Alhamdulillah setakat ni takde sebarang masalah lagi...semuanya berjalan lancar...harapnya berkekalan lah... Oh...SK Kampung Kenang ialah salah sebuah sekolah orang asli dari 8 buah sekolah orang asli di daerah Kuala Kangsar. Majoriti masyarakat asli di sini ialah dari puak Temiar. Sekolah yang aku dapat ni tak termasuk dalam pedalaman dan takde sebarang elaun pedalaman sebab dekat sangat dengan pekan Sungai Siput...huhu... Jalan masuk pun mudah sebab jalan tar dan ada bas masuk ke dalam ni...sedikit masalah ialah sesetengah tempat dalam kawasan sekolah ni takde line telefon...so, kena mencari port2 la kalau nak guna telefon..hehe

Satu perkara yang best dekat sini ialah dikelilingi bukit bukau...kalau pagi2 akan nampak kabus ibarat macam duk kat cameron Highland la...hahaha...agak nyaman bila pagi2.... (mungkin sebab masih awal, so teruja la...lepas2 ni tak tau la). pastu yang best lagi ialah penginapan diberikan percuma begitu jugak dengan makan :) sangat sesuai untuk aku yang masih tak bergai ni...hehehe...dapat menjimatkan duit...hehehe

Mulai esok akan mula masuk kelas dan mengajar...semoga semuanya berjalan lancar... amin (berdebar2)

p/s: menunggu masa untuk dapatkan kenderaan - lebih senang nak balik umah :)