Followers

Friday, March 26, 2010

Setelah 3 bulan di perkampungan Asli



Sedar tak sedar, sudah hampir 3 bulan berada di kampung kenang Primary School ni. suka atau pun tidak, aku perlu berpijak pada bumi yang nyata. kenyataan = aku mengajar di sekolah orang asli..so accept the fact! Aku sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mula memahami budaya sekolah dan budaya masyarakat sekitar. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan aku tak rasa tertekan atau nak quit dari sini. Semoga perasaan ini berkekalan..amin

mengenai pengajaran kanak-kanak dalam kelas, aku pasti penggunaan ARM sangat berguna untuk diaplikasikan...modelling to the children, reflect about what they know and active leaerning helps them a lot! Aku cuma perlu paksa diri untuk rajin dan berusaha untuk buat budak-budak ni rajin dan bersemangat untuk belajar jugak. tak dinafikan yang perasaan malas turut ada dalam diri untuk buat sesuatu! tapi itu bukan alasan untuk berjaya kan! So, kena ambil langkah drastik untuk elak diri dari malas ni.

Aku bersyukur sebab dalam ramai-ramai pelajar dalam sesebuah kelas yang aku ajar ni, ada sebilangan yang memang minat untuk belajar dan nampak kemahuan dalam diri terserlah semasa dalam kelas. I try to motivate them as much as I can because I believed that this pupils needs lots of motivation. They always believed that they cannot change their life and think that they will turn as same as their parents! That is so wrong!

Untuk minggu ni, aku harap aku dapat menyiapkan sikit-sikit ruangan matematik untuk tahun 1 aku. Harap itu akan dapat membantu mereka mengenali matematik dan tidak takut pada nombor. Perubahan positif bukanlah yang besar untuk diharapkan tapi kalau sebesar kuman sekalipun, itu tetap satu perubahan!



p/s: reading "Happiness in Hard Times" by Andrew matthews for motivation! Go Go Hafiz! wakaka