Followers

Tuesday, March 23, 2010

bukan penamat ;)

Alhamdulillah...konvo dah pun berakhir dengan jayanya..semua rasanya sangat gembira kerana susah payah selama 5 tahun setengah belajar dah pun terbayar dengan segulung ijazah..YAY! Gembiranya lihat wajah ceria kawan-kawan seperjuangan tak kira sama ada dari IPGMKKB atau dari IPG yang lain...seronoknya dapat bertemu selepas semua dah ditempatkan disekolah masing-masing.



yang penting tamat belajar ni bukan beerti tamat sebuah cerita tapi sebenarnya adalah permulaan kepada suatu cerita yang baru. kalau dalam filem, mungkin bila dah dapat ijazah ni maka tamatlah filem tu tapi dalam realiti bila tamat satu perjalanan maka bermulalah satu perjalanan baru dengan cerita yang baru tapi watak utama yang sama iaitu kita sendiri... Buat semua kawan-kawan, jom kita mulakan pengembaraan yang baru dalam kehidupan kita..semoga cerita baru kita ni akan penuh dengan warna-warni dan kegembiraan..amin... Semoga cerita yang best-best dan box office je k..hahaha...


p/s: terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mak... Kucupan sayang dan cinta dari anakmu... hehehe