Tuesday, February 23, 2010

Pengajaran Berkesan? Belum cuba belum tau! ;)

Memandangkan 4 tahun telah belajar bersama UH dan menekankan konsep ARM (Active, Reflective and modelling) kepada pelajar, maka aku cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dan disesuaikan dengan keadaan di sini dan masa yang aku ada ;) Oh memandangkan bahasa Inggeris adalah third language diorang, maka sesi pembelajaran telah diselangselikan dengan banyaknya dengan penggunaan bahasa Melayu dan sikit bahasa Temiar yang aku tahu...hahaha...

Ok...ni antara aktiviti yang telah aku buat dengan budak-budak tahun 1. Pada aku, seronok dapat ajar tahun 1 ni sebab bila dapat tahun 1 dan ajar matematik, maka aku dapat tahu perkembangan dari awal...ia sangat berlainan dengan pengajaran matematik kepada tahun 5 yang jugak aku mengajar... Oh..kalau nak dibandingkan dengan budak-budak masa praktikum dahulu, memanga agak jauh bezalah..they need more help! and sometimes i got confuse to help them too :(

Oh..berbalik kepada aktiviti yang aku telah buat bersama pelajar tahun1 tadi:


1. Bola bernombor - sama macam yang belajar dulu cuma diubahsuai...mana-mana budak yang dapat bola tu kena sebut nombor yang dia sentuh... (from 0 to 10). Dari apa yang diperhatikan, aktiviti ini dapat buat buadak-budak berfikir dengan pantas apa nombor yang disentuhnya. yep, at least it can test on their memorization of the number and sedalam mana diorang ingat akan nama dan rupa bentuk nombor tu. paling penting suka bila ianya melibatkan slow learners sekali..walaupun kadang-kadang nampak yang pelajar ni gugup tapi bila bola ditangkap, mereka akan terpaksa mencuba menyebut dan meneka nombor yang disentuh. Aku rasa kat situ mereka akan dapat satu pengalaman bersama nombor yang dipegang itu yang bakal menjadi peristiwa yang akan mereka ingat...haha...panjangnya penerangan ni...tapi just untuk aku sendiri ingat apa yang berlaku dan at least i have to do reflection too ;)




Oh...aktiviti ni pun jimat dan tak payah nak sedia banyak-banyak sangat alat bahan mengajar selain bola yang selamat untuk budak-budak sebijik dan juga kad manila serta silotape...hehe..mudah, rigkas dan sangat in teresting untuk dibuat..cuma kalau buat kat sini, kena buat banyak kali sikit dan perlukan kesabaran dan kegarangan sikit-sikit untuk control kelas..hahaha ;)

2. Susun-susun kad huruf menjadi perkataan - Oh...aktiviti yang ni pun sangat senang dan simple untuk dikendalikan..tapi mesti make sure yang dah pun dedahkan pelajar dengan ejaan nombor-nombor ni...so, sebenarnya lebih kepada menguji ingatan mereka dalam mengeja nombor-nombor dengan betul di samping mengenal abjad-abjad...ye lah..tahun 1 kan...abjad pun masih ramai yang tak kenal..yang penting bila aktiviti tu interesting, ia akan menarik minat budak untuk turut sama ambil bahagian dan belajar. Kalau tak banyak pun at least esok-esok kita bley tanya sesetengah budak apa yang dia buat masa aktivitu tu dan suruh dia ingat semula macam mana nak eja ONE berdasarkan apa yang dia buat dalam aktiviti ni..hehe... ;)

Oh...aktiviti ni bermula dengan menyuruh budak-budak ambil satu kad huruf setiap seorang. Kemudian mula menysun kad tersebut berdasarkan warna. Bila semua warna dah jumpa kumpulan masing-masing, maka kat situ kita boleh suruh budak-budak tu mula buat perkataan yang mereka rasa boleh terbentuk sambil kita bimbing lah...hehehe.... ;) i think it so fun and nampak kat situ budak-budak discuss satu sama lain...wah3..tahun 1 dapat discuss, sangat baiklah tu kan..hehehe

Ok...setakat ni aku tak tahu apa impak terhadap budak-budak tahun 1 ni. tapi rasa sangat best bila nampak sesetengah budak yang tak tahu membilang langsung (sebab tak pernah masuk pra) mula dapat ingat one sampai ten ;)... sebenarnya agak jauh ketinggalan tapi aku dah tanya kepada semua guru-guru kat sini dan rasanya ia sangat normal...lagipun kenapa nak cepat kalau tak dapat apekan..lebih baik lambat asal selamat.

p/s: berusaha sebaik mungkin untuk masukkan active learning kepada tahun 5 ... mohon diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam pekerjaan..amin

1 comment:

  1. tq.. chantekz la..d apat juga idea BBM yang menarik.. :) bestnya ada idea kreatif nie.. tq.. :) minta izin tuk diambil..

    ReplyDelete

Superb! ;)