Followers

Friday, February 12, 2010

Dilimpahi sinaran bintang ;)


Beberapa malam yang lalu, berlaku lintar pintas kat bangunan asrama sekolah aku ni... huhu...lalu gelap gelitalah asrama ni kecuali rumah warden (kediaman aku la tu..hehe) Lalu, bertempiaranlah kanak-kanak ni ke kawasan sekolah...huhu...macam raya pulak suasananya tu..meriah..hahaha

So, aku dan semua PPM ni pun kumpulkan budak-budak lelaki ni kat dataran perhimpunan. hanya duduk beramai-ramai kat situ sambil aku duk cerita la pasal apa-apa yang aku tahu tentang bintang dan bulan di langit yang sangat cantik tu..hehe...ntah lah betul ke tak, yang penting dapat buat semua budak-budak tu berkumpul dalam keadaan aman dan tenteram sementara menanti elektrik pulih seperti sediakala :) Cantiknya lagit malam ciptaan tuhan..Alhamdulillah, aku menikmatinya di sini ;)



p/s: kamera tak cukup tajam untuk ambil gambar-gambar bintang yang berjuta di lautan langit ;)