Followers

Sunday, August 16, 2009

Rezeki yang tak disangka-sangka


Pernah tak dapat sesuatu secara tak disangka-sangka? Macam pertolongan ke...atau makanan ke...atau apa-apa je lah yang penting secara tak disangka-sangka....

Teringat satu peristiwa yang berlaku masa cuti hujung tahun 2008...masa tu aku bawak keta nak p ambil mak n abah kat Jeti...tengah hari masanya...so, sangat panas...mujur la nek keta, tahan sket la...sampai kat traffic light terakhir sebelum sampai ke jeti Kuala Kedah tiba-tiba enjin kereta mati...try start and start tapi keta tak idup...masalah besar la untuk aku yang tak berapa nak tahu hal-hal kereta ni...haha...so, sedikit cemas masa tu tambah pulak bila kereta aku duk depan sekali n banyak kereta lain beratur kat belakang nak jalan...

Tapi, tiba-tiba ntah dari mana, datang seorang hamba Allah senyum kat aku and cakap nak tolong tolak keta aku untuk g tepi. Pastu, dia check kereta dan kata bateri kong. Paling mengejutkan bila dia kata dia baru balik dari beli wayar yang boleh caj bateri...Ya Allah..dahsyatnya kebetulan ni dan aku jadi orang pertama yang guna wayar tu... Waktu ni, syukur sangat sebab kalau xde bantuan ni, memang aku tak tahu nak buat apa...kepada abang yang tolong aku ni, terima kasih banyak-banyak ye... Sangat menghargainya dan sentiasa ingat! Baiknya lah abang ni sebab dia tak kenal pun aku malah tak tau pun kot2 aku ni jahat ke...haha...peragut ke....huhu... - (reflect: tak perlu kenal orang lain untuk buat baik....) Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak, kalau tak ada abang tu, agaknya apa yang terjadi kat aku ditengah panas dan dihadapan traffic light tu??? Pastinya malu yamg terlampau...ahaha...n mak abah pun selamat diambil pulang... :)


***end***


Baru2 ni masa nak p makan kat ITD dengan Bob, tiba-tiba ada pakcik dan isterinya dari Perlis datang melawat anak mereka kat ITD ni. Tapi van diorang xdapat dihidupkan sebab bateri kong jugak... Pada mulanya aku dan Bob berhenti dan cakap kedai kereta kat cabang tiga nun jauh disana. So, pakcik tu amik keputusan untuk call sedara dia.

Aku n Bob terus p makan...tapi hati aku tak senang sebab aku teringat peristiwa kat atas tu la...so, aku letak satu nekad kalau lepas makan pakcik tu ada lagi kat situ, aku nak bawak dia dgn motor p cabang...hehe... N ternyata bila kami lalu semula jalan tu, pakcik tu memnag ada lagi kat situ, tapi sedara dia dah sampai...so, aku n Bob pun tolong tolak van dia p tepi n diorang pun guna kaedah wayar tu jugak untuk hidupkan van tu....Alhamdulillah... Walaupun tak leh bantu banyak, tapi baru rasa lega bila dengar bunyi enjin van pakcik tu hidup! :) I know the feeling!!!!!


p/s: yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang...