Followers

Sunday, August 09, 2009

Dulu cinta tiga segi, sekarang: Dedikasi buat teman

Dalam semua orang kat sini sibuk membuat research...aku masih jugak lagi terleka dengan internet...huhu...kesiannya kat aku :( ... Tapi tiba-tiba terbit pulak ilham nak tukar lirik lagu Cinta Tiga Segi dan jadikannya satu dedikasi kepada semua kawan-kawan (isy...sangat pelik kerana kebelakangan ni asyik terasa syahdu je sepanjang semester akhir ni...isy3). Ok...ni lirik yang aku buat, so...nyanyi ikut lagu Cinta Tiga Segi k...haha...layannnnnn...



Tajuk: Dedikasi buat Teman


Bertahun meniti titian ilmu
Kini kita sampai di mercu
Pengalaman mendewasa diriku
Dan juga dirimu


Tapi sayang
Segalanya kan tinggal kenangan
Kita hanya merancang
Tuhan menentukan


(chorus)

Oh teman ingatkah kau kenangan lalu
Sewaktu kita bersama menimba ilmu
Kita melayarkan bahtera persahabatan
Terjalin kukuh satu ikatan


Segala luka
Kita rawat dengan air mata rindu
Sembuh semua duka
Hilanglah prasangka


Andai suatu masa kita bertemu
Luahkanlah rasa rindumu
Namun andai sebaliknya berlaku
Kenang daku dalam doamu


p/s: mungkin kita semua boleh nyanyi ramai-ramai nanti...hahahahahaha....