Followers

Thursday, July 23, 2009

Kursus Bina Insan Guru: Ulasan

Beberapa hari keluar untuk BIG, terpaksa berpisah sekejap dengan Broadband...huhu...so, memang rindu sangat la...haha. Aku cuma nak tulis beberapa kesimpulan sendiri tentang BIG ni...

1. Kaitan antara alam dan manusia - aku setuju dengan apa yang Ketua jurulatih kata. Memang kita ni ada kaitan dengan sekeliling. Sebab tu kalau kita tengok kepada perumpamaan, banyak yang dibuat berdasarkan kepada apa yang ada pada alam ni. Contohnya: ibarat mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan....(maksud cari sendiri)

Hm...walaupun cara En. Zainol kadang-kadang agak berbeza (sebab dia sedikit ganas) tapi apa yang dia cakap rasanya sangat meaningful.

2. Aktiviti Kayak - Wah...yang ni aku paling suka, memang sangat enjoy. Walaupun aku ni tak pandai berenang, tapi bila berkayak, aku jadi tak takut untuk pergi ke kawasan air yang dalam (sebenarnya da siap pakai safety jacket tu...haha). Em...bila diibaratkan dengan kehidupan, kita bley reflect ibarat kita bawa kayak kita la...kalau kita nak ke kanan, kanan la dia pergi. Kalau kita nak laju, kita kayuh la laju-laju...air dan angin tu pulak bley diibaratkan dengan rintangan dan kesukaran yang datang tanpa henti dan kita mesti terus mengayuh kayak tu hingga sampai ke destinasi...



3. Belajar mengenal diri dan keupayaan diri - This one is very important. Mengenal diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk nak kenal diri orang lain. Walaupun aku jugak mengalami masalah ni kadang-kadang, tapi apa yang aku dapat kat BIG ni memang membuatkan aku lebih tahu tentang diri aku sendiri. kalau sebelum ni kita selalu dengar sesuatu tanpa mencuba dan kita dah meletakkan expectation tapi kali ni aku buat sendiri dan hasilnya bukanlah macam apa yang kita dengar sebelum ni pun. Apa yang pasti, aku bersyukur dengan diri terutama bila kenal akan keupayaannya...Alhamdulillah...

4. Menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain - yang ni satu laagi yang aku setuju. Walaupun agak susah untuk dibuat, tapi yang ni lah yang terbaik. Menggunakan refleksi kepada diri, mencari kelemahan dan kekurangan diri dan megubahnya...bukan menuding jari kepada orang laain semata-mata.

Apa yang pasti aku rasa semua orang pun rasa seronok dan belajar sesuatu yang sangat bernilai di Pulau Poh, Tasik Kenyir dari 20 Julai 2009 - 23 Julai 2009. Semua pengalaman ni pastinya akan membantu develop diri ke arah sesuatu yang lebih positif dan persediaan untuk kehidupan yang mendatang. Hari ni mesti lebih baik dari kemarin!
p/s: gelak dan tersenyum sorang-sorang bila teringat beberapa peristiwa