Followers

Monday, July 06, 2009

Erti sebuah perjalanan - terleraikah harapan?

Kucari….
Kudaki….
Kujelajahi…
Kususuri…
Kulewati…
Dunia ini masih jua tak dapat aku fahami
Tak dapat aku singkap pengertian sebaliknya
Tak dapat aku ungkai apa yang tersirat
Tak dapat aku tafsirkan kandungannya

Aku mencuba terus mencuba
Mencari khazanah yang penuh ketenangan
Khazanah yang tiada bandingan
Khazanah yang dapat memberiku sejuta keinsafan
Memberiku pengajaran serta maknanya sebuah kehidupan

Ilahi…
Perjuangan di perjalanan ini amat mencabar
Berliku jalannya
Berbatu denainya
Berlekuk susurnya

Kalau dapat aku cari
Kalau dapat aku perolehi
Kalau dapat aku kecapi
Pasti bahagia diri ini
Pasti gembira diri ini
Pasti ketenangan membalut diri
Pasti diri penuh takjub
Penuh rasa syukur
Penuh rasa rendahnya diri…..