Followers

Tuesday, June 30, 2009

Makan Malam? atau Tayar Pecah?

Keliru nak highlight yang mana satu...hm...sebab dua-dua happened pada malam yang sama.

1). makan malam kesyukuran selepas balik dari UK...wah3...banyak pulak duit kitorang ek...buat makan malam kat Restoran Syam ni...hehe...bukannya apa, sebagai satu acara khas selepas balik. lagipun kitorang memang suka berkumpul dan bercerita semula tentang peristiwa peristiwa yang dah berlaku sepanjang bekerja bersama ni. Lagipun ni dah semester akhir...bukan lama lagi dah kat sini. So, masa yang ada ni kena digunakan betul-betul. lepas ni semua dah ada hal masing-masing belum tentu dapat kumpul macam ni. Terima kasih kepada lecturer yang sudi join sekali iaitu Puan Mahany, Miss Foo dan Mr. Su. Tambah meriah makan malam tadi tu.

Pergh...ada beberapa orang tu (nama tak dapat di statekan di sini) makan sampai tak hengat. Habis tulang-tulang ikan pun dibelasah dan kuah Tomyam dihirup (metafora). Tapi takpe, makan je...(teringat peristiwa makan malam kat UK-berpura2 makan dan buang dalam plastik)


Rasanya semua enjoy tadi dan makanan pun memang sedap. So, pergilah try makan kat Restoran Syam tu, gerenti sedap (iklan ini tak berbayar)


2). Selepas episod suka berlalu, sampailah ke episod hitam - Tragedi Tayar Moto ANI pecah. Agaknya ini kali ke berapa la ek peristiwa hitam berlaku kat Ani...kesian-kesian (sambil tergelak berguling-guling-Ani mintak maap). Entah macam mana ntah masa nak balik tayar moto dia boleh terkoyak rabak (satu lagi metafora). Ramai yang beranggapan sebab pemboncengnya makan terlalu banyak sampai terlalu berat (sapa la agaknya pembonceng tu?). Apa pun, mujur la semuanya dapat diselesaikan malam ni jugak. secara tiba-tiba ada stesen minyak yang offer nak tukarkan tayar tu. Leganya....

Walaupun tayar motor pecah, semua tetap maintain happy jugak. Agak pelik tapi itulah yang berlaku. Siap boleh bergambar dan berposing lagi kat stesen minyak tu. Apapun agak terharu bila nampak semua ahli tetap setia menunggu motor Ani siap di baiki. Ani...tolong belanja semua ahli minum k. haha....



p/s: bersatu teguh, bercerai roboh