Followers

Tuesday, June 23, 2009

kadang-kadang pentingkan diri tu perlu

(1)
kalau kita kat tepi sungai dan tiba-tiba ternampak seseorang lemas kat sungai tu, apa yang perlu kita buat? Kalau kita ni tak pandai berenang, perlukah kita terjun jugak kat dalam sungai tu? agak-agaknya tindakan kita ni betul ke? Atau kita perlu cari alternatif lain selain dari terjun jugak kat dalam sungai tu? Kalaau dah sah-sah kita tak tahu berenang, agak-agaknya apa akan jadi kat kita dan orang yang lemas tu?
(2)
Kalau kita kat atas kapal terbang dan tiba-tiba kapal kita kekurangan oksigen, dan alat bantuan pernafasan dijatuhkan apakah yang pelu kita buat? Adakah kita perlu memasang alat bantuan pernafasan tersebut kat orang sebelah kita dahulu? Apakah kita mampu menahan nafas tanpa oksigen melebihi satu jam? Agak-agaknya apa yang bakal terjadi kat kita kalau kita sibuk nak pasangkan kat orang lain? Adakah kita dah cukup mahir memasangkan alat tersebut pada orang lain? Agak-agaknya apa yang bakal berlaku pada kita dan orang sebelah kita tu?
kadang-kadang kita perlu pentingkan diri. Bukan bermaksud kita ni jahat tapi mengikut situasi tertentu. Ntah? tapi rasanya kita perlu rasional. banyak lagi contoh lain yang kadang-kadang berlaku dalam kehidupan. Apapun, kena buat pilihan yang betul...bukan mengajar untuk menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri tapi hanya bertindak untuk sama-sama berfikir tentang pilihan yang perlu dibuat dalam kehidupan ni. Diri sendiri atau orang lain?
p/s: termenung 2 minit