Sunday, May 10, 2009

Rombongan Cik Kiah ke Tesko Kota Bharu

Pagi tadi (10.05.09) aku dan 11 lagi geng2 yang nak fly ke UH p wat rombongan cik Kiah ke tesko...kami nak p beli makanan untuk 10 hari di Uk nanti...maka, dengan hensem dan cun melecunnya, kami semua pun bertolak ke tesco dgn 3 bijik kereta................berposing dulu sebelum bertolak ke destinasi yang agak jauh jugak...Tesco.....

Sampai di Tesco, kami berkumpul semula sambil membahagikan tugas dan berpecah kepada 2 kumpulan...kumpulan lelaki dan kumpulan che Kiah (haha...jgn marah)...ni senarai barang yang nak di beli...banyak ooooo...:


Pasukan lelaki....................................................Pasukan cik Kiah yang buat2 busy

15 tin sardin yang besar, 5 tin tuna, 180 bungkus kek kecik2 (kek apollo kot), 9 bungkus biskut 4 segi yang lemak dan sedap, 180 pek kecik assorted biskut pelbagai perasa, 60bungkus kecik mi Megi cepat di masak sedap di makan, 30 bungkus oat yang makan bukan yang minum, 3 botol jem (pinat, strawberi, coklat), minuman 3 in 1 sebanyak 300bungkus, pes=perasa makanan sebanyak 42 bungkus dan tisu basah (mujur Nazrah ingatkan)...huhu...banyak ni...penat taip...

Semua ahli nampaknya sangat gembira memikirkan makanan yang nak dibeli walaupun tak tahu apa bakal terjadi di UK nanti...harapnya selera nak makan la...dan yang paling penting dapat makan nasi la walaupun sikit kat sana nanti...bukan apa, aku takkisah tapi duk memikirkan beberapa orang sahabat-sahabat lain tu...tahankah mereka nanti? sepuluh hari tu? haha...sebenarnya aku pun tak sure jugak...harapnya semua akan jadi baik la....amin

Ha...proses nak membeli ni nampak je macam senang tapi sebenarnya susah jugak...ye lah..nak consider harga lah, rasa lah, berapa bungkus nak ambiklah pastu nak make sure tarih luput lagi...fuh...aku rasa hampir 2 jam jugak...(+-).


......................................barang-barang yang nak dibeli ni, macam2 ada.....................................

Selain dari beli barang ni, ada jugak beberapa peristiwa yang pelik dan ajaib telah berlaku...mari kita bongkarkan misteri tersebut:

1. Ayie menjumpai sejenis jeruk yang pelik dan dinamakan "JERUK TAHI KUCING"...haha...namanya memang buat tekak jadi loya...tapi aku tak nafikan yang rupa jeruk ni memang pelik la...dah la duk dalam botol...warna ijau2...isy...apa lah agaknya tu ek...walaupun ada peluang untuk baca ingredients nya tapi disebabkan rupanya yang buruk tu, takde sorang pun yang nak amik tahu...cian kat jeruk tu


rupa jeruk tersebut Bob tutup idung

2. Loceng rumah yang sepatutnya jadi bahan untuk test bunyi telah disalahgunakan....loceng tersebut dah jadi mangsa buli...adli dan fathi punya kerjalah tu...haha...tapi yang pasti disebabkan perlakuan diorang tu, ada beberapa budak kecik telah tertarik untuk main sama loceng tersebut...siap suruh ayah diaa angkat lagi sebab dia tak sampai nak tekan loceng tu...isy3...agaknya memang best kot....haha

......................................................ni lah loceng yang jadi mangsa buli tu...huhu..........................

3. dan nilah peristiwa yang paling pelik...iaitu...em...tengok gambar dah la...tak mampu nak describe dgn kata2....


Perhatikan betul-betul tempat parking tersebut dan kotak yang dipegang oleh *****...haha

Ok. Tu antara peristiwa yang agak unik la yang berlaku kat Tesco tu. Ada lagi sebenarnya beberapa peristiwa tapi tak larat nak describe...banyak sgt...macam2 ragam ada...haha...takpa...yang penting enjoy k.... Lepas penat memilih barangan, perut pun terasa lapar...terutama sekali cik Ina lah...dari awal2 sampai dah bising lapar2...haha...so, kitorang pun p makan kat Foodcourt la....

Rasa happy sanagt bila nampak semua bersemangat...rasanya semua orang pun memang memberi kerjasama yang baik untuk jayakan program ni. Kerjasama sangat penting. Terima kasih semua. Semoga apa yang dirancang bakal berjalan dengan baik. Semoga kita semua akan pergi dan balik dengan selamat ke UK nanti...Amin....Teruskan usaha kawan2...sampai saat akhir k....chaiyokkkkk!!!!


..............................................................makanan penuh buntut kereta.....................................................
p/s: selepas selesai makan kat foodcourt tu dan tengok semua ahli makan dengan ganasnya (termasuk aku sekali), kepala aku telah dihadiri dengan satu persoalan "agak-agaknya cukup ke makanan yang kami beli ni untuk 10 hari?" kuang3....

No comments:

Post a Comment

Superb! ;)