Followers

Friday, April 24, 2009

Suatu catatan peribadi...

Pengajaran aku terpilih untuk divideokan lagi...Alhamdulillah....satu lagi catatan kejayaan peribadi. Tak tahu apa sebab utama terpilih untuk divideokan. Tapi kalau kita rancang dengan baik, pastinya menghasilkan sesuatu yang baik. Itu saja rasanya.

Alhamdulillah, tanggal 23 April 2009 pengajaran aku dirakamkan dengan baik. Bersyukur sangat semuanya berjalan lancar. Pengajaran untuk topik pecahan darjah 4. Paling gembira sekali bila aku berjaya mengendalikan kelas dengan baik
seperti yang aku rancangkan. Syukur sangat. Murid-murid pun memberi respon yang baik walaupun pengajaran ni adalah pengajaran yang sama pada mereka. Ini bermaksud diorang belajar topik yang sama untuk kali ke-2. Mungkin pada sesetengah orang, ini tidak memberikan sebarang makna...tapi pada aku, ia tetap merupakan sesuatu yang aku akan ingat.

Bukan mudah untuk terpilih dan mengekalkan pilihan. Bukan mudah juga untuk merancang jika tiada usaha menyusul bersama. aku percaya, anugerah tuhan yng diberikan harus digunakan dengan baik. Walaubagaimanapun, mesti terus mencari jalan keluar dari permasalah utama. Mesti ada jalan keluar. Diri yang sentiasa melakukan dan mengharapkan kemaksiatan duniawi ni harus diubah. Mesti diubah!

Haha...dah menyimpang sikit dari topik yang di highlightkan pada coretan ni. Semoga usaha akan terus dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Semoga aku terus bangkit dari tidur dan mimpi-mimpi indah yang menguliti diri ini muncul menjadi realiti. Amin. Chaiyo Apis!