Followers

Tuesday, April 07, 2009

Kalimah permulaan...


Assalamualaikum...(pada sesiapa yang terbuka blog ni)

Aku dan diri - Dibawah lembayungMu merupakan luahan perasaan dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupann seharian. Sengaja ditulis sebagai satu catatan peribadi yang suka untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja... Menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk difikirkan dan meluahkan rasa yang terpendam dijiwa untuk menghilangkan rasa gundah.

Aku hanyalah manusia biasa yang tiap-tiap hari takkan putus dari melakukan kesilapan. Namun aku sedar, sebagai manusia biasa aku tetap perlu berusaha memperbaiki kelemahan diri agar diri tidak tersesat. Aku pernah merasai peritnya ditimpa musibah atas kelalaian diriku sendiri. aku bersyukur pada tuhan kerana memberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan dikala putus asa mula menyelubungi pemikiran. Alhamdulillah...kini aku lebih kuat...berusaha untuk mempertahankan diri agar tidak lagi lalai...amin....

Aku dan diriku - di bawah lembayungMu...satu perkongsian informasi peristiwa dalam diri yang mungkin boleh dijadikan panduan atau boleh menarik perhatian orang untuk membantu membaiki diriku. Aku amatlah mengharapkan nasihat dan panduan untuk terus berjalan di bumi Allah ini atas landasan perjalanan yang betul....

Mesti terus kuat mengharungi apa saja cabaran dalam hidup!!! Mesti terus cekal dan kuat berusaha...Mesti maju ke depan!!!