Followers

Tuesday, August 04, 2009

semester akhir dan sebuah kamera


Sejak kebelakangan ni, aku kerap bawa kamera bersama...haha...macam selalu duk dalam poket ni...tak tahu kenapa, tiba-tiba dah terasa sayu semacam je bila p kelas dan jumpa kawan-kawan...mungkin sebab semester akhir kot. Terasa nak simpan je semua yang berlaku kat sini. kalau tak leh semua, cukuplah melalui gambar-gambar yang aku ambil ni...hehe


Gambar - walaupun tak bergerak, tapi boleh cerita banyak perkara. Hanya dengan tengok gambar boleh buat nkita tersenyum sendirian, menangis, gelak dan rasa apa yang ada kat gambar tu...hm... Memang gambar ada nilai sentimentel yang tersendiri...so jangan pelik kalau nampak Kamera dalam poket or dalam beg selalu...haha


Terlalu awal ke rasa semua ni??? hm...tak kira...masa yang ada tetap kena ambil peluang...so, peluang untuk bersama-sama kawan-kawan macam sekarang ni kena hargai...gambar-gambar bersama pensyarah-pensyarah pun kena buat koleksi...suasana-suasana belajar pun mesti di ingati...haha... Mujur ada kamera kesayangan yang satu ni :)


p/s: nisfu Syaaban... semoga aku jua mendapat rahmatNya...amin