Followers

Tuesday, July 28, 2009

Bukan Aku

Aku
Bukan penulis tanpa pena
Bukan penembak tanpa peluru
Bukan belayar tanpa sauh
Bukan merpati tanpa sayap
Bukan pohon tanpa buah
Bukan gelap tanpa cahaya
Bukan pelita tanpa sumbu
Bukan tarian tanpa muzik
Dan bukan nyanyian tanpa lagu…..

Aku hidup dengan wawasanku yang jitu
Aku hidup dengan matlamatku yang satu
Aku hidup dengan harapan yang seribu

Biar beribu jalan harus ku tempuh
Biar berliku jalan harusku lalui
Biar sedalam lautan sekalipun…..

Aku bukan yang berkata tanpa usaha
Aku bukan yang mudah dipengaruhi
aku bukan mudah menyerah
Aku adalah aku dan tetap aku…
Biar apa jua yang bakal berlaku….
Selamanya aku berdoa, aku tetap aku


p/s: Sedang berusaha menulis dalam English...amin....(banyaknya kelemahan diri... :( semoga terus kuat)