Saturday, February 06, 2010

Kursus Numerasi Tahun 1 (3 - 5 February 2010)



Baru-baru ni aku telah menghadirkan diri ke Kursus Numerasi Guru Tahun 1 2010 bertempat di Hillcity Hotel. Kursus ni bertujuan memperkenalkan program terbaru kerajaan dalam membasmi buta huruf dan buta nombor dikalangan kanak-kanak... oh dan salah satu projek NKRA ;) (harap info aku ni betul la..hehe)



Memandangkan kursus ni dijalankan untuk guru matematik tahun 1, maka aku secara tidak langsungnya terus dipilih oleh guru besar sekolah untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang sangat berat ni. Sepanjang kursus ini dijalankan, aku terpikat untuk menyatakan yang kursus ini sebenarnya adalah rentetan dari pembelajaran aku selama 4 tahun dalam ijazah...tak lari sikit pun cuma mungkin namanya saja yang berbeza..tapoi programnya ni tak lain dan tak bukan support active learning dalam pembelajaran
Tapi apa yang aku dapat rasakan ialah penerimaan budak-budak aku ni...huhu... Aku sedikit takut dengan target yang diberikan terutama sekali apabila melihat 12 konstruk yang mesti dilepasi oleh para pelajar tahun 1 dalam masa 3 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar luar, pelajar aku sedikit jauh ketinggalan. Tapi takpe, aku sahut cabaran yang diberikan ni dan semoga pelajar aku dapat perform well jugak... Ya Allah, kuatkan lah aku semoga aku mapu menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab...amin. Oh ye, gambar-gambar kat atas tu adalah gambar beberapa abm yang sempat dibuat oleh kumpulan aku semasa kursus ini. Dan yang kat bawah ni gambar sendiri yang diambil sendiri sebab malu nak mintak tolong sesapa ambilkan gambar jap... huhu...almaklumlah aku ni sebulan posting dah pergi kursus, kebanyakan peserta lain pulak sangat berpengalaman dalam mengajar, so...sedikit rendah diri di situ..huhu....

p/s: terasa terhalang untuk melakukan sesuatu bila terperangkap kat dalam sekolah..huhu..tuhan, semoga kau cepat-cepat berikan jalan..sebab nak buat apa yang ada dalam kepala otak ni..hehe

2 comments:

  1. salam...apis dah lain r.hihihi.norma kim salam r

    ReplyDelete
  2. apis..nape rmbut ko dh lain?? toink2..hehe

    ReplyDelete

Superb! ;)