Followers

Friday, August 14, 2009

sekadar berkongsi: ulasan lagi


Terpaut pada satu ayat dalam khutbah Jumaat tadi, jadi terasa nak letak kat sini. Sekadar satu perkongsian dari apa yang aku dengar:


"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat pada orang lain"


Dah sampai ke semester akhir ni, tak perlu rasa sangsi lagi dengan profesion keguruan yang telah kita masuk, atau termasuk atau terpaksa masuk. Rasanya kerja sebagai guru memang sangat menepati apa yang dikatakan kat atas tu. Sekadar meluahkan rasa bersyukur atas apa yang diberikan...walaupun satu masa dulu, bukan pilihan hati jugak :)


Memberi manfaat bukan sekadar memberi manfaat dari segi keluarkan tenaga tapi termasuk juga memberi idea, mencurah ilmu dan berkongsi pengalaman kepada orang lain untuk dijadikan panduan...yeah.... Jadi, kena kurangkan rasa berkira dalam diri kita...huahuahua...(macam best je aku ni)


Agaknya kat manalah nilai diri ini??? Ya Allah, semoga aku tergolong dalam manusia yang memberi manfaat kepada orang lain juga :( Kadang-kadang terasa diri ni juga terlalu lemah dan kurang cakna :( Tuhan...ampunkan aku (aku manusia jahat)kerdilnya diri ni


p/s: menulis dalam keadaan pegun ni