Followers

Friday, June 26, 2009

petang yang kasihan...

Sebenarnya peristiwa ni agak lucu bagi aku...huhu... petang tadi punyalah excited nak p jogging dengan Adli kat taman tengku Anis...buakn main awal dan bersemangat lagi aku siap2 nak ikut Adli...dah la pakai kasut baru, bertambah-tambah la semangat aku nak p jogging.



Nak dijadikan cerita, aku guna moto aku untuk p sana. Kiranya Adli naik dengan aku la...so, dengan bersemangat wajanya kami pun bertolak ke taman Tengku Anis tu sambil bersembang-sembang dengan Adli tanpa sebarang syak wasangka tentang apa-apa yang negatif bakal berlaku...



Elok-elok je kami sampai kat taman tu, kemudian aku mencari parking dan waktu tu la aku tersedar sesuatu...oh tidakkk...apakah ini benar-benar berlaku? Rupa-rupanya tayar moto belakang pecah...huhu...ni menunjukkan alamat yang tak baik! Aku terpaksa tinggalkan adli jogging sorang-sorang dan aku terkontang kanting mencari kedai moto...haha...lawaknya rasa...tak sangka bila dah betul2 sampai waktu ni la tayar moto nak pecah. Akhirnya petang aku yang aku rancang nak p jogging berakhir macam tu ja. mujur ada satu kedai moto yang masih buka...sempat la moto ni dibetulkan. Aku akhirnya jadi tukang anta dan tukang ambik Adli ja... Last-last aku dan adli p makan. jogging tak, makan je yang lebih...haha (aku la)



p/s: terima kasih kat adik kedai moto tu yang tolong walaupun dia dah mandi. aku telah menyusahkan dia...huhu